Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Pasang CCTV di semua kawasan strategik di Kuching

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Kontraktor CCTV menjalankan kerja-kerja cerucuk di kawasan perbandaran baharu Batu Kawah.
Kontraktor CCTV menjalankan kerja-kerja cerucuk di kawasan perbandaran baharu Batu Kawah.

KUCHING: Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di 18 lokasi strategik Dun Batu Kawa kini bermula secara rasmi.

Timbalan Premier yang juga Adun Batu Kawa Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, apabila kerja-kerja pemasangan siap dalam beberapa bulan akan datang, kawasan berkenaan akan berada di bawah pengawasan selama 24 jam setiap hari.

“Melalui Inisiatif Bandar Pintar Kuching, Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bekerjasama dengan Perbadanan Multimedia Sarawak (SMA) untuk memasang 800 CCTV di 200 lokasi strategik di empat kawasan majlis tempatan,” katanya.

Dr Sim memeriksa di tapak pemasangan CCTV.

Antara lokasi Batu Kawa yang akan dipasang dengan CCTV adalah pusat komersial Kuching City Mall A/B, Taman Desa Wira A/B, pusat komersial Emart Batu Kawa A/B, kawasan berhampiran pusat komersial Emart, Perbandaran Baharu Batu Kawah A-E, Pasar baru Batu Kawah, BK Square shoplot, Batu Kawah Bazar (Old Town and Waterfront), 38 Premis Kedai di Batu Kawa Commercial Centre dan Taman Sri Moyan.

Dr Sim berkata, pemasangan CCTV itu bertujuan untuk mengukuh serta meningkatkan keselamatan orang ramai meliputi bidang kuasa empat majlis tempatan

“Sebanyak 317 CCTV di 80 kawasan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), 310 CCTV di 80 lokasi di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dengan 119 CCTV di 30 lokasi dan Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) dengan 79 CCTV di 20 lokasi.

“Lebih 800 CCTV akan dipasang di 200 lokasi strategik di bandar Kuching, terutamanya di kawasan berpenduduk padat dengan aliran trafik yang tinggi,” jelasnya.

Dr Sim menambah, semua CCTV akan beroperasi 24 jam sehari, dan data itu akan disalurkan ke Pusat Gerakan Bersepadu Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak (SMA) agar pihak berkuasa tempatan, polis dan agensi kerajaan lain dapat mengambil tindakan sewajarnya mengikut situasi.

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru