ARTIKEL

Pasang CCTV di tandas mahu aibkan rakan sekerja, akauntan didenda RM4,500

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MELAKA: Seorang akauntan didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku mengaibkan kehormatan rakan sekerja wanitanya dengan memasang CCTV di tandas pada Selasa lepas. 

Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman memerintah Chong Soon Hoe, 25, dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda. 

Chong didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa yang berusia 28 tahun di sebuah pejabat dalam daerah Melaka Tengah pada 4.30 petang 7 Mei lepas mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Farah Nabihah Sofian, manakala tertuduh diwakili peguam Kent Tan Chow Teng.

Berdasarkan fakta kes, mangsa yang bekerja sebagai ejen cukai menjumpai CCTV itu dan pemeriksaan oleh wanita tersebut mendapati Chong memasang peralatan tersebut selain terdapat rakaman mangsa di tandas. 

Pada prosiding itu, Tan memohon mahkamah mengenakan bon berkelakuan baik kepada anak guamnya kerana ia kesalahan pertama Chong dan tertuduh mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara. — BERNAMA

BERITA LAIN

Malaysia kekal pertahan hak Palestin – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi pendirian bahawa Malaysia kekal mempertahankan hak rakyat Palestin. Beliau berkata pendirian itu turut dinyatakan

Juruteknik mengaku tidak bersalah pukul isteri

PORT DICKSON: Seorang juruteknik yang rakaman video perbuatan dia memukul isterinya menjadi tular di media sosial bulan lepas, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari

Dua saspek curi motosikal berjaya dicekup

MIRI: Seorang lelaki tempatan dan warganegara Indonesia yang terlibat dalam kes curi motosikal berjaya ditangkap oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)

BERITA TERBARU

Malaysia kekal pertahan hak Palestin – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi pendirian bahawa Malaysia kekal mempertahankan hak rakyat Palestin. Beliau berkata pendirian itu turut dinyatakan