ARTIKEL

Aaron Chia-Soh Wooi Yik | BERNAMA

Pasangan Aaron-Wooi Yik tewas di final Terbuka China

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki badminton negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik terlepas peluang untuk merebut gelaran juara Persekutuan Badminton Dunia (BMW) apabila tewas kepada pasangan dari China dalam aksi final Terbuka China di Changzhou Olympic Sports Centre semalam.

Pasangan pilihan keenam itu ternyata tidak dapat menandingi kehebatan beregu dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang, tewas dengan keputusan 21-12, 21-14 dalam masa 26 minit.

Ini merupakan kemenangan kelima beregu dari China itu dalam enam pertemuan dengan pasangan negara sebelum ini.

Aaron-Wooi Yik mara ke peringkat final selepas menewaskan juara dunia Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dari Korea Selatan dalam pertembungan separuh akhir kelmarin, manakala pasangan China itu pula mara selepas kejayaan menundukkan beregu dari Jepun Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.

Satu-satunya pasangan lelaki negara yang pernah menjadi juara Terbuka China ialah Datuk Razif Sidek-Datuk Seri Jalani Sidek pada tahun 1989.

Terdahulu juara dunia perseorangan lelaki Viktor Axelsen mempamerkan persembahan mantap untuk muncul juara kejohanan.

Axelsen menewaskan pemain tuan rumah yang merupakan pilihan ke-15 dunia Lu Guang Zu dengan 21-16, 21-19 dalam masa 49-minit, menjadikan beliau sebagai pemain kedua dari Denmark yang pernah menjuarai perseorangan lelaki Terbuka China, selepas kejayaan Jan O Jorgensen pada tahun 2016.

Dalam penentuan juara perseorangan wanita, pemain nombor satu dunia An Se Young dari Korea Selatan menundukkan pemain nombor dua dunia yang juga juara 2017 Akane Yamaguchi dari Jepun dengan 21-10, 21-19. – BERNAMA

BERITA LAIN

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP