Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Pasangan kekasih mengaku main dadah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
SUSPEK LELAKI SUSPEK WANITA

BAU: Sepasang kekasih mengaku mengambil dadah selepas dicekup polis di dalam sebuah rumah, di Kampung Skiat, kira-kira jam 1.30 petang semalam.

Kedua-dua suspek yang berusia 33 dan 26 tahun itu gagal melarikan diri selepas kediaman terbabit diserbu sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poga Nyaon berkata, ketika serbuan pihaknya tidak menjumpai sebarang dadah berbahaya.

“Namun hasil pemeriksaan ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah.

“Siasatan awal mendapati suspek lelaki terlibat dengan pengambilan dadah sejak beberapa tahun lalu manakala wanita terbabit mendapat dadah daripada lelaki tersebut, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dedahnya, suspek lelaki turut mempunyai rekod kesalahan lampau dan kini kedua-duanya ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau dalam pada itu mengalu-alukan orang ramai untuk memberi maklumat sekiranynya mengetahui sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang