ARTIKEL

BERBAKAT… Pasangan kembar, Aleysha dan Ryan mempersembahkan bakal mereka dalam kategori duet pada Malaysia Final Showcase baru-bau ini.

Pasangan kembar S’wak ke Hollywood

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pasangan kembar berusia 10 tahun dari Sarawak iaitu Aleysha dan Zachary Shareef berjaya melayakkan diri untuk mewakili Malaysia ke Kejohanan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) 2024.

Menurut satu kenyataan, pasangan kembar itu akan menyertai pasukan Malaysia untuk bersaing dalam vokal solo dan duet serta peragaan pada pertandingan antarabangsa edisi ke-27 yang akan berlangsung di Long Beach California Amerika Syarikat dari 28 Jun hingga 6 Julai depan.

Ibu kepada pasangan kembar itu, Shirley Hasmani Datuk Eddie menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian anak-anaknya pada usia yang sangat muda, namun beliau turut mengakui usaha keras dalam persiapan ‘Road To Hollywood’ @ WCOPA baharu sahaja bermula.

Menurutnya, kedua-dua anaknya yang merupakan pasangan kembar itu mengikuti kelas muzik di akademi tempatan sejak berusia enam tahun.

“Empat bulan akan datang menyaksikan latihan mereka menjadi semakin sengit untuk vokal dan peragaan di bawah pimpinan jurulatih kebangsaan.

“Justeru itu, kami perlu bersedia sepenuhnya bagi menghadapi pertandingan ini di peringkat dunia,” katanya.

Baca lain  Pengalaman menetap di asrama didik pelajar lebih berdikari

Sementara itu, Penganjur WCOPA Malaysia, Mycreative Production Sdn Bhd menggariskan pertandingan itu bukan hanya sekadar pertandingan tetapi merupakan peluang keemasan belajar daripada beberapa jurulatih dalam industri hiburan di Hollywood.

Menurut penganjur, ia merupakan peluang bagi meneroka bakat yang dimiliki serta mempamerkannya di pentas Hollywood.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU