Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Pasangan penjaga Eric dituduh di Mahkamah Kuching hari ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
OPERASI... Ahsmon menunjukkan gambar mangsa dan operasi pencarian mangsa yang telah dilaksanakan selama seminggu oleh pasukan operasi dari pelbagai agensi di Muara Tebas
OPERASI… Ahsmon menunjukkan gambar mangsa dan operasi pencarian mangsa yang telah dilaksanakan selama seminggu oleh pasukan operasi dari pelbagai agensi di Muara Tebas

KUCHING: Keputusan kes, Eric Chang Wei Jie, kanak-kanak berusia empat tahun yang hilang dipercayai dibunuh akan diketahui, hari ini.

Ia selepas pasangan tertuduh (penjaga Eric) menjalani pertuduhan di Mahkamah Kuching, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, kedua-dua individu terbabit akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) hasil persetujuan dikeluarkan oleh Pejabat Peguam Negara.

Katanya, pasangan penjaga mangsa hilang itu telah direman sebanyak 21 hari untuk membolehkan pihak polis melengkapkan semua kertas siasatan berhubung insiden tragik menimpa kanak-kanak tersebut.

“Pada masa sama salah seorang daripada penjaga turut dituduh di bawah 380 Kanun Keseksaan manakala kedua-duanya juga akan dituduh lim kes waran tangkap melibatkan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Bilik Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, pagi tadi.

Dedahnya, beberapa rampasan barangan dipercayai berkaitan kes turut dirampas iaitu Kamera Litar Tertutup (CCTV), peralatan dipercayai digunakan dalam kejadian, pakaian dan tiga telefon bimbit.

Tambahnya, hasil semakan lanjut mendapati salah seorang daripada suspek juga mempunyai lapan rekod jenayah lampau, manakala seorang lagi mempunyai tujuh rekod berkaitan dadah dan jenayah.

Ahsmon dalam pada itu menegaskan agar masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi dan mendedahkan kes kehilangan Eric adalah terpencil serta terasing daripada kes aktiviti perdagangan organ.

Tegasnya, jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 302 KK, kedua-dua tertuduh boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang