ARTIKEL

Pasar Bangladesh terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DHAKA: Ratusan anggota bomba Bangladesh dikerah di ibu negara Dhaka untuk memadam kebakaran dahsyat di pasar pakaian popular yang menyebabkan kawasan kejiranan tertua di bandar itu diselubungi oleh asap hitam.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini, tetapi pemilik kedai dan pegawai bomba memberitahu pemberita bahawa pasar Bongo Bazar itu dan tiga kawasan komersial bersebelahan hampir musnah sepenuhnya.

“Kira-kira 600 anggota bomba… sedang berusaha untuk mengawal kebakaran,” kata jurucakap bomba Rakibul Islam kepada AFP, sambil menambah bahawa kebakaran bermula sekitar subuh.

Jurucakap tentera dalam satu kenyataan berkata, sebuah helikopter tentera udara turut menyertai usaha memadam kebakaran.

Rakaman udara dari helikopter itu menunjukkan ratusan orang memerhatikan kebakaran tersebut dari jejantas berhampiran.

Pasar itu adalah destinasi popular untuk jenama fesyen Barat yang murah seperti Tommy Hilfiger, menjual pakaian yang dihasilkan di kilang pakaian di bandar itu tetapi gagal memenuhi piawaian eksport.

Rata-rata pemilik kedai di pasar itu sedih dan kecewa dengan kejadian itu.

Mereka memberitahu pemberita kebakaran itu menyebabkan mereka melarat menjelang sambutan Aidilfitri nanti.

“Saya meminjam 1.5 juta taka (AS$14,100) untuk membeli pakaian hari raya,” kata seorang pemilik perniagaan.

“Saya telah kehilangan segala-galanya.” 

BERITA LAIN

Empat maut dalam insiden tanah runtuh di Antipolo

MANILA: Kejadian tanah runtuh di bandar Antipolo, timur Manila meragut empat nyawa setakat ini, menurut jurucakap Pejabat Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana Bandar Antipolo, Relly Bernardo

Budak 5 tahun dijangkiti selesema burung

PHNOM PENH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Wilayah Takeo di selatan Kemboja disahkan dijangkiti selsema burung H5N1, menjadikan jumlah kes kepada tujuh sejak

Singapura benarkan 16 serangga dimakan

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Isnin telah meluluskan 16 spesies serangga untuk makanan manusia termasuk serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, “mealworm”, ulat

BERITA TERBARU