Pasar dalam kawasan DBKU dibenarkan beroperasi

KUCHING: Pasar Tani, Pasar Tamu, Pasar Malam dan Bazar Larut Malam (uptown, downtown dan seumpamanya) di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dibenarkan beroperasi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

DBKU menerusi kenyataan hari ini berkata, pasar-pasar tersebut dibenarkan beroperasi dengan prosedur operasi standard (SOP) PKPB yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dari semasa ke semasa.

Katanya ia selaras dengan pengumuman Kuching yang diisytiharkan sebagai Zon Merah bermula 17 Februari lalu.