Pasar Malam belia, Metrocity bakal dimajukan lagi

KUCHING: Terdapat perancangan untuk menaik taraf Pasar Malam Belia N6 di Metrocity Matang, kata Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman.

Menurutnya, satu kertas kerja telah dirangka untuk melaksanakan projek tersebut yang juga melibatkan pengambilan tanah pasar malam daripada syarikat pemaju.

“Saat ini, tanah itu milik pemaju, jadi kami menyewanya dan harganya agak tinggi. Pada saya Metrocity adalah salah satu tempat yang berkembang pesat dan kami mahu peniaga mendapat keuntungan daripadanya.

“Bagi saya, sangat penting agar peniaga terlibat secara langsung dalam pembangunan kerana tempat ini menjadi tarikan pengunjung. “Boleh dikatakan pasar malam juga menyumbang kepada bilangan yang ramai datang berkunjung ke metrocity,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada warganet semasa sesi siaran langsung di Facebook pada 6 Mac lalu.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 09 Mac 2021

Suara Sarawak