ARTIKEL

Pasar raya H&L di Metrocity kini dibuka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pembukaan satu lagi pasar raya H&L di Metrocity menandakan pencapaian baharu syarikat ini, susulan kejayaan membuka cawangannya yang ke-15

. Pengarah H&L, Bong Fook Kin berkata, pencapaian itu turut merangkumi kawasan Kuching, Samarahan dan Serian.

 Menurutnya, sempena pembukaan cawangan ke-15 itu, pelbagai promosi ditawarkan kepada pelanggan selama satu minggu bermula 26 November.

“Pelbagai barangan ditawarkan pada harga istimewa untuk tempoh satu minggu ini melibatkan makanan kering, produk kebersihan dan sebagainya. 

“Promosi ini diikuti pada minggu mendatang dan seterusnya, iaitu pelbagai harga istimewa ditawarkan dengan pelanggan dapat menjangkakan harga yang menarik.

“H&L Metrocity bersama-sama dengan cawangan lain juga terus menawarkan promosi menarik dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pembukaan cawangan H&L ke-15 di Metrocity di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Bong memberi jaminan bahawa promosi perayaan juga diadakan termasuk menjelang sambutan Krismas.

“Promosi ini dilaksanakan sepanjang bulan Disember dan bukan itu sahaja, ia diteruskan bagi promosi Tahun Baharu Cina, diikuti dengan Hari Raya serta perayaan lain,” jelasnya ringkas.

Menariknya, para pelanggan berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah bermula 26 November ini hingga 31 Disember dengan setiap pembelian bernilai RM64 ke atas dalam satu resit. 

LAIN-LAIN BERITA

Capai sasaran tingkatkan pendapatan komuniti tani

KUCHING: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) serta jabatan dan agensi di bawahnya diseru supaya terus komited dan berdedikasi menyampaikan khidmat kepada rakyat

Lebih 123,000 syarikat berdaftar dengan CIDB

KUALA PERLIS, Perlis: Sejumlah 132,579 syarikat telah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) setakat Januari lepas. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick,

Sasaran perdagangan, pelaburan dapat dicapai

KUALA LUMPUR: Kerajaan optimis sasaran perdagangan dan pelaburan yang ditetapkan untuk tahun ini dapat dicapai meskipun penyusutan nilai semasa ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),

Ekonomi hijau S’wak jadi contoh baik global

KUCHING: Sarawak menunjukkan contoh baik kepada seluruh dunia dalam membangunkan ekonomi hijau, kata Pengerusi Majlis Perdagangan dan Pelaburan Komanwel (CEIC), Lord Jonathan Peter Marland. Lord

BERITA TERBARU