ARTIKEL

Pasar Serikin harus jadi pasar sempadan pertama guna e-Duit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BAU: Pasar Serikin, di sini harus menjadi pasar sempadan pertama dalam negara yang menggunakan transaksi tanpa wang iaitu e-Duit untuk urusan perniagaan. 

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Datuk Henry Harry Jinep berkata, dengan menggunakan kaedah pembayaran tersebut, ia akan memudahkan transaksi perniagaan peniaga dan pelanggan yang berkunjung ke Pasar Serikin.

Katanya, mengikut data yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), transaksi e-Duit telah menunjukkan peningkatan menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu 31.5 peratus bersamaan RM9.5 bilion pada tahun 2022 berbanding RM7.2 bilion pada 2021.

“Secara purata, setiap rakyat Malaysia membuat 291 transaksi e-Duit pada tahun 2022.

“Sehubungan itu, inisiatif kempen e-Duit pada hari ini merupakan inisiatif yang akan menjadi titik permulaan kepada penyertaan peniaga dan pengguna di Pasar Serikin di dalam e-Duit dan ekonomi digital yang semakin berkembang luas di negara kita,” katanya berucap sempena pelancaran e-Duit di Dewan Great Baruk, Kampung Serikin, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pejabat BNM Kuching Irman Din dan Pegawai Daerah Bau Constantine Gerald David Jonas. 

Sehubungan itu, Henry yang juga Adun Tasik Biru menggesa peniaga-peniaga tempatan di pasar tersebut untuk mengambil peluang dengan memperkenalkan opsyen e-Duit di dalam perniagaan mereka.

Ini jelasnya, terdapat pelbagai aplikasi e-Duit sama ada dari pihak Kerajaan Sarawak iaitu S Pay Global atau penyedia perkhidmatan kewangan berlesen swasta yang lain boleh digunakan. 

“Di peringkat Kerajaan Sarawak, kerajaan bukan sahaja memperkenalkan aplikasi S Pay Global, tetapi juga platform “single-sign-on” untuk kesemua agensi Kerajaan Sarawak. 

“Ini membolehkan setiap pengguna menggunakan identiti digital unik “Sarawak ID” untuk mengakses kesemua perkhidmatan kerajaan negeri seperti pendaftaran perniagaan, pembayaran lesen perniagaan dan sebagainya. 

“Peniaga yang berdaftar dengan Sarawak ID tentu sekali lebih mudah untuk menerima informasi dan mendapat insentif yang disediakan oleh kerajaan seperti geran dan pinjaman mikro,” jelasnya.

Di samping itu, Henry turut mengesyorkan peniaga-peniaga Indonesia yang meniaga di Pasar Serikin untuk menggunakan e-Duit. 

“Ini kerana mengikut peruntukan undang-undang Malaysia, pengembara hanya dibenarkan untuk membawa masuk atau keluar melebihi nilai aggregat USD10,000 atau bersamaan RM46,9451 apabila tiba di Malaysia ataupun meninggalkan negara ini.

“Selain itu, membawa wang tunai hasil jualan dalam jumlah yang besar untuk menyeberangi sempadan negara juga adalah berisiko tinggi,” ujarnya.

Menurutnya, menerusi penggunaan e-Duit, peniaga-peniaga Indonesia tidak perlu khuatir untuk memenuhi kepatuhan kepada undang-undang Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram di sempadan kedua-dua negara.

GUNAKAN E-DUIT…Henry mengalakkan peniaga tempatan dan peniaga Indonesia menggunakan e-Duit dalam transaksi perniagaan mereka.

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta