Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Pasaran kerja Sarawak kompetitif

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
GIMIK PERASMIAN… Panglima Sulong menyempurnakan gimik perasmian program Unimas Trace 2022 di DeTAR Putra, Unimas dekat sini, hari ini. Turut bersama-sama kelihatan adalah tetamu kehormat yang lain.

KOTA SAMARAHAN: Pasaran kerja di Malaysia khususnya Sarawak amat kompetitif bukan sahaja daripada perspektif pekerja tetapi juga majikan, kata Pengerusi Lembaga Pengarah Unimas Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie.

Sehubungan itu menurutnya, majikan dan pekerja akan sentiasa berusaha untuk mendapatkan calon yang memenuhi kehendak masing-masing.

“Keadaan ini sekali gus mempengaruhi keputusan majikan untuk menambah bilangan pekerja,” ujarnya semasa berucap sempena majlis perasmian ‘Pameran Kerjaya dan Pengambilan Bakat (Trace) 2022’ di DeTAR Putra, Unimas dekat sini hari ini.

Tambah beliau, semua pihak perlu menyedari bahawa golongan pencari kerja terutamanya lepasan universiti dan institusi pendidikan amat mudah terjejas dengan situasi pasaran buruh yang kompetitif dan sentiasa berubah-ubah.

“Ini diburukkan lagi dengan faktor-faktor seperti kurangnya pengalaman, tiada kemahiran berkomunikasi serta paling sukar ialah masalah asimetri maklumat yang membawa kepada ketidaktepatan maklumat,” ujarnya.

Justeru itu, tambah beliau dengan adanya penganjuran Unimas Trace – ia boleh mengurangkan masalah asimetri maklumat in dengan mempertemukan kedua-dua majikan dan pekerja dalam satu platform yang sebenar.

GIMIK PERASMIAN… Panglima Sulong menyempurnakan gimik perasmian program Unimas Trace 2022 di DeTAR Putra, Unimas dekat sini, hari ini. Turut bersama-sama kelihatan adalah tetamu kehormat yang lain.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang