Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Pastikan jalan raya diselenggara mengikut piawaian

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Jalan Sungai Tapang berhampiran Ibu Pejabat Trienekens

Jalan Sungai Tapang berhampiran Ibu Pejabat Trienekens

KUCHING: Kerja-kerja pembaikan jalan raya bukan sahaja perlu dilakukan tepat pada masanya tetapi juga perlu disiapkan sebaiknya, kata Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Stampin, Michael Kong Feng Nian.

Beliau berkata demikian merujuk kepada jalan raya retak di Jalan Sungai Tapang yang menjalani kerja-kerja penurapan semula beberapa bulan lalu.

“Semalam, saya menerima aduan daripada orang ramai mengenai keadaan jalan yang teruk di Jalan Sungai Tapang (berhampiran ibu pejabat Trieneken).

“Jalan tersebut berada dalam keadaan buruk suatu ketika dahulu dan dibaiki kira-kira satu hingga dua bulan lalu.

“Walaupun kerja-kerja pembaikan telah dilakukan baru-baru ini, amat mengejutkan apabila dimaklumkan bahawa jalan yang sama kini sudah berlubang serta terdapat keretakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kong berkata, keretakan yang berpunca daripada kolam air bawah tanah itu jelas menggambarkan bahawa dasar jalan tidak dilakukan dengan betul oleh kontraktor terdahulu.

“Sangat mengecewakan kerana pada zaman ini jalan raya masih memerlukan pembaikan berterusan kerana ia mendap semula dalam masa kurang tiga bulan.

“Justeru, saya menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk meneliti perkara ini dengan segera dan membaiki jalan tersebut.

“Pada masa yang sama, perlu ada usaha oleh PBT untuk memperhalusi sistem penyelenggaraan jalan raya di kawasan mereka,” tegasnya.

Selain hanya menganugerahkan projek tersebut kepada kontraktor, Kong menggesa PBT untuk turut memantau dan memastikan projek-projek ini dilaksanakan dengan baik dan mengikut piawaian yang ditetapkan.

 

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News