Pastikan kenderaan JBPM di selenggara dengan baik

KUCHING: Semua kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak akan diperiksa secara berkala untuk memastikan kesiapsiagaan optimum sentiasa sepanjang masa.

Pengarah JBPM Sarawak Khirudin Drahman@ Hussaini menegaskan penugasan tersebut ditekankan kepada kesemua pegawai dan anggota bomba di negeri ini sebagai persediaan awal menghadapi operasi kebombaan dan penyelamat.

Beliau berkata demikian ketika hadir menyempurnakan Majlis Ringkas Perhimpunan Bulanan Bulan Mac 2021 bertempat di Bilik Seminar hari ini.

Selain itu tegasnya, kesemua pegawai dan anggota bomba perlu sentiasa menekankan serta berpegang kepada enam etika JBPM ketika menjalankan tugas kebombaan.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 20 Mac 2021

Suara Sarawak