Trending

Pastikan parti kekal relevan, boleh dipercayai – Sim

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan dan boleh dipercayai dalam memperjuangkan hak dan berkhidmat untuk negeri Sarawak, kata Pengerusi SUPP Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Menurutnya, ikrar ini akan direalisasikan dengan usaha terus menerus dalam politik arus perdana melalui Gabungan Parti Sarawak (GPS) selari dengan slogan ‘Utamakan Sarawak’.

“Sejak ditubuhkan 64 tahun lalu, kita SUPP menyaksikan jatuh bangun kita, sama seperti roda, tetapi atas sokongan berterusan rakyat, kita masih berdiri di sini sedangkan banyak pihak yang lahir selepas SUPP sudah tiada.

“SUPP mungkin ada naik dan turun, namun pada tahun ini (2023), kita kini mempunyai lebih daripada 120,000 ahli dan mereka mengambil berat terhadap parti, mempunyai visi dan misi yang sama seperti pemimpin terdahulu kita, iaitu berjuang untuk Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Menaikkan Bendera SUPP sempena Ulang Tahun Ke-64 parti itu di Ibu Pejabat SUPP di sini, hari ini. 

Menjelas lanjut kata Timbalan Premier itu, SUPP juga mampu bertahan sehingga kini selepas mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran sepenjang penubuhan parti. 

Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru