KAPIT: Pembangunan di Sarawak dan Sabah tidak boleh ketinggalan berbanding negara Indonesia khususnya dengan perpindahan ibu negara tersebut ke Kalimantan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Patinggi Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Justeru oleh itu katanya, Kerajaan Persekutuan komited dalam memastikan pembinaan jalan perhubungan serta kerja-kerja menaik taraf prasarana dan keupayaan kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di sempadan Sarawak dan Sabah dilaksanakan sebaik mungkin.
“Sudah tentu kerajaan pusat akan membantu membina infrastruktur jalan-jalan sempadan sedia di kedua-dua wilayah ini.
Saya yakin Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan akan menyediakan peruntukan untuk melebarkan serta menambah baik jalan-jalan di sempadan Kalimantan-Indonesia.
“Ini bagi memastikan Sabah dan Sarawak tidak harus ketinggalan berbanding negara Indonesia dengan perpindahan ibu negara baharu mereka ke Kalimantan,” katanya.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata demikian pada Majlis Interaksi dan Sambutan Gawai Dayak di Dewan Suarah Kapit, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata Malaysia harus memanfaatkan peluang tersebut untuk meningkatkan potensi pelaburan, pelancongan dan lain-lain sektor datang ke negara ini.
Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.