ARTIKEL

Pastikan peralatan sukan sekolah diaudit, jamin keselamatan murid 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SERDANG: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memastikan setiap peralatan sukan di sekolah diaudit bagi menjamin keselamatan murid ketika menggunakannya semasa melakukan aktiviti bersukan.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata adalah sangat penting untuk memastikan peralatan sukan dan padang sekolah sentiasa berada dalam keadaan selamat seiring dengan dasar kementerian yang menggalakkan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S).

“Fasiliti pembangunan sukan mesti diberi tumpuan. Di peringkat KPM selain peruntukan berkaitan sukan, kami juga sedang melihat, bagaimana nak pastikan peralatan sukan (di sekolah) diaudit agar ia berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan anak-anak,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Padang Sintetik Soon Ah Koon Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (Cina) Serdang di sini, hari ini.

Menurutnya dasar 1M1S juga akan diperluaskan agar kesemua murid mempunyai akses kepada permainan dan sukan sekali gus menjayakan aspirasi ke arah membudayakan sukan dalam kehidupan supaya generasi lebih sihat.

“Pembudayaan sukan harus bermula dari peringkat awal persekolahan…Paling penting dalam konteks keseluruhan, holistik pembangunan karektor (murid) ini termasuklah dalam sukan.

“Kami juga sedang berusaha agar seboleh-bolehnya sukan ini juga dapat menjadi medium perpaduan dalam kalangan pelajar,” kata Fadhlina.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan SJK (Cina) Serdang yang berusaha mendapatkan tajaan untuk mempertingkatkan fasiliti sukan di sekolah berkenaan dan berharap ia dapat dijadikan contoh yang baik kepada semua pihak.

“Padang sintetik bernilai lebih RM700,000 ini akan memberi impak cukup besar dalam pembangunan sukan anak-anak. Saya ucapkan tahniah kepada sekolah dan lembaga pengurusan sekolah yang berusaha memastikan fasiliti sukan sekolah berada pada tahap terbaik,” katanya.

— BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Senarai pendek pemain tenis dikenal pasti

KUCHING: Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) sudah mempunyai senarai pendek pemain terbaik ketika ini. Namun senarai itu belum dimuktamad untuk menjadikannya kepada skala lebih kecil

Wee Wern ucap selamat tinggal kepada sukan skuasy

KUALA LUMPUR: Selepas dua dekad dalam sukan skuasy, bintang skuasy wanita negara Low Wee Wern mengumumkan persaraannya secara rasmi tengah malam tadi. Pengumuman tersebut dilakukan pemain berusia 33

Tze Yong alami kecederaan tulang belakang – BAM

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong mengalami kecederaan tulang belakang semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.  Perkembangan itu dimaklumkan

BERITA TERBARU

Lenyau mentor ti bepenau

KUCHING: Penau Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud enggau bisi runding strategik mujur mai pemansang moden ngagai Sarawak. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah