Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Pastikan projek siap, berkualiti

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Datuk Dr Juanda Jaya
Datuk Dr Juanda Jaya

KUCHING: Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (Unions) melalui Seksyen Ombudsman mengambil langkah proaktif dengan mengadakan lawatan ke tapak projek termasuk projek pembangunan dan pertanian yang dilaksanakan di negeri ini.

Timbalan Menteri Integriti dan Ombudsman Datuk Dr Juanda Jaya berkata, perkara tersebut penting kerana Sarawak telah diberi kuasa autonomi untuk melaksanakan projek Persekutuan bernilai RM50 juta dan ke bawah tanpa perlu merujuk Putrajaya.

“Justeru, saya berharap kontraktor dapat meningkat kecekapan dan produktiviti supaya semua projek yang dilaksanakan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dengan kualiti yang memuaskan. “Pada masa yang sama, Kerajaan Sarawak berharap tiada lagi projek sakit supaya semua rakyat dapat menikmati infrastruktur dan kemudahan yang telah dijanjikan,” katanya menerusi teks ucapan sempena Majlis Perasmian Jelajah Integriti Siri 1/2023 Bahagian Kuching (Daerah Lundu) di Dewan Masyarakat Lundu, di sini, semalam.

Dalam hal berkaitan, beliau juga menambah Kerajaan Sarawak akan terus mempergiatkan lagi usaha untuk membudayakan integriti di pelbagai peringkat termasuk melibatkan masyarakat. “Contohnya dengan penganjuran program Jelajah Integriti ini, kita akan sedaya upaya merangkumi semua lapisan masyarakat di Sarawak, dari selatan ke utara, dari sempadan hingga ke desa,” ujarnya.

Sementara Adun Tanjong Datu Azizul Annuar Adenan memaklumkan beliau berharap agar semua pemimpin peringkat akar umbi memantau segala aktiviti termasuk projek yang diusahakan di kawasan masing- masing.

Menurutnya, tindakan ini penting agar semua aktiviti atau projek pembangunan yang dilaksanakan berjalan lancar dan dapat memberi manfaat kepada rakyat. “Saya ingin berpesan, sekiranya projek yang dilaksanakan dilihat agak lembab atau tidak mengikut spesifikasi yang telah diluluskan, adalah menjadi tanggungjawab ketua masyarakat untuk melaporkan perkara tersebut kepada agensi berkaitan.

“Ia penting untuk memastikan agar semua projek yang dilaksanakan mengikut jadual dan spesifikasi yang telah ditetapkan,” jelasnya juga menerusi teks ucapan. Azizul memberitahu, bukan sahaja isu-isu projek pembangunan, malah semua pemimpin masyarakat juga perlu peka kepada permasalahan rakyat di kawasan masing-masing.

“Jangan takut untuk melaporkan isu-isu jenayah seperti penjualan dadah di kawasan kampung, kehadiran pendatang asing tanpa izin, kecurian buat sawit dan sebagainya. “Saya percaya Kerajaan Sarawak amat komited untuk membentuk dan membudayakan masyarakat berintegriti yang meliputi semua peringkat seperti pegawai awam, pemimpin akar umbi, termasuk masyarakat,” tegasnya.

Mengenai program tersebut semalam ia dianjurkan oleh Unions, Jabatan Premier Sarawak dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Kuching dan Pejabat Daerah Lundu. Objektifnya adalah untuk memupuk dan membudayakan nilai integriti dalam kalangan masyarakat Sarawak; memperkenalkan fungsi ombudsman; menunjukkan kesungguhan dan komitmen kerajaan dalam melahirkan masyarakat maju berintegriti tinggi; serta mengukuhkan asas moral dan membentuk jati diri tinggi dalam kalangan masyarakat Sarawak.

Dalam pada itu, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Lundu Muhammad Isa Limon memaklumkan kehadiran ke program tersebut amat memberansangkan yang mana ia melibatkan lebih 250 orang peserta terdiri daripada wakil agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), ketua masyarakat dan ketua kaum Daerah Lundu.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk