ARTIKEL

BERSIH DADAH... Abdul Hamedie (kiri) bersama Wee (dua kiri) serta tetamu kehormat lain melekatkan risalah berkaitan kesedaran anti-dadah di Flat KMC, Jalan Padungan di Kuching, hari ini.

Pastikan pusat hiburan bersih dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak akan bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) untuk memastikan pusat-pusat hiburan di dalam kawasan seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu tidak menjadi tempat penyalahgunaan dadah.

Pengarah AADK Sarawak, Abdul Hamedie Ibrahim, berkata ia memandangkan terdapat banyak pusat hiburan di kawasan bandar raya ini yang mungkin menjadi tempat pengedarah dan pengambilan dadah.

“Tidak ada masalah untuk pergi ke kelab malam atau pub, tetapi yang penting adalah tidak ada pengambilan dadah.

“Kami akan memohon dari MBKS supaya aktiviti pengambilan dadah tidak berlaku di kelab malam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Program Kesedaran Anti-Dadah Bersama Penghuni Flat KMC, Jalan Padungan di sini, hari ini yang turut dihadiri Datuk Bandar Kuching Selatan,, Datuk Wee Hong Seng.

Abdul Hamedie berkata penyalahgunaan dadah di Sarawak sangat membimbangkan, dengan data tahun lepas merekodkan seramai 10,000 orang penagih, penyalahguna serta tokan dadah.

Menjelas lanjut, beliau berkata sekitar 70 hingga 80 peratus yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah adalah golongan belia.

Baca lain  Pesara guru rugi RM199,000 diperdaya 'parcel scam'

“Di Kuching sahaja, kami mempunyai kira-kira 1,103 orang yang berada di bawah pengawasan atau merupakan pelanggan AADK yang kami layani sekarang,” katanya.

Abdul Hamedie menambah, lebih 90 peratus pengambilan dadah di negeri ini adalah jenis syabu.

Justeru, beliau menegaskan program kesedaran pencegahan ke atas dadah sangat penting dilaksanakan dalam peringkat komuniti untuk memastikan bukan sahaja isu dadah dapat ditangani tetapi juga melibatkan isu sosial lain.

“Ini kerana isu dadah tidak hanya berpunca semata-mata dari dadah, tetapi juga berkaitan dengan isu kemiskinan, keciciran sekolah, tidak hadir sekolah, merokok dan sebagainya,” katanya.

BERITA LAIN

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,

Tiga buruh ditahan positif dadah

MUKAH: Polis Mukah terus membendung aktiviti penyalahgunaan dadah dengan tangkapan tiga lagi lelaki tempatan dalam satu operasi di Jalan Selangau Mukah, semalam. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,