ARTIKEL

PERIKSA… Pihak bomba melakukan pemeriksaan di beberapa premis di sekitar bandar raya Miri.

Pastikan sistem keselamatan berfungsi baik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Sarawak melancarkan Operasi Kuda Laut bermula semalam mengadakan operasi mengejut di beberapa premis di dalam dan luar bandar raya Miri.

Ketua Operasi, Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata, operasi tersebut bertujuan untuk memastikan sistem keselamatan kebakaran berfungsi dengan baik di setiap premis ditetapkan.

“Operasi kali ini dipecahkan kepada lima pasukan dan digerakkan ke premis yang disasarkan.

“Sasaran kami adalah sebanyak 70 premis yang ditetapkan dan antaranya melibatkan pejabat, kedai, pasar raya, tempat berkumpul dan kawasan perumahan sekitar Miri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Operasi Kuda Laut JBPM Zon 6 Sarawak di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, operasi yang dijalankan tahun ini melibatkan lima ketua balai dan 15 penyelia pasukan dari lima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) iaitu Lopeng, Miri Sentral, Marudi, Batu Niah dan Lutong.

Sementara itu, katanya, tahun lalu, sebanyak 33 premis didapati melakukan kesalahan yang sistem keselamatan diganggu, disembunyikan dan dinyahaktifkan.

BERITA LAIN

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta