ARTIKEL

Pastikan Taska berdaftar, jamin keselamatan anak-anak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) digesa berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWKK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan keselamatan anak-anak terjamin.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWKK) Datuk Rosey Yunus berkata, bagi Daerah Kuching sebanyak 39 buah taska belum berdaftar dengan tujuh daripadanya dikenal pasti tidak mempunyai rekod permohonan, dan selebihnya masih dalam proses.

“Kami amat menyarankan semua operator atau pengusaha taska yang belum berdaftar untuk berbuat demikian bagi memudahkan KPWKK dan JKM menjalankan pemantauan.

“Pemantauan dilaksanakan secara berkala bagi memastikan pengoperasian taska adalah mematuhi garis panduan keselamatan yang ditetapkan,” ujarnya kepada wartawan pada sesi Lawatan ke Taska Bimbingan Cahaya, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau mendedahkan taska yang berdaftar bukan sekadar dijamin mempunyai sistem operasi yang selamat dalam penjagaan anak-anak, tetapi juga diperuntukkan dana khas daripada kerajaan.

Sementara bagi yang tidak berdaftar, menurutnya pihak JKM akan menjalankan beberapa prosedur seperti memberi notis dan amaran kepada pengusaha taska untuk segera berdaftar dengan KPWKK bagi taska dan JKM bagi tadika.

“Namun, sekiranya notis dan amaran tersebut tidak diendahkan oleh pengusaha taska atau tadika, maka pihak JKM akan mengenakan kompaun tidak melebihi RM10,000,” tambahnya.

Sementara itu, tegasnya pihak ibu bapa juga hendaklah memastikan anak-anak mereka dihantar ke taska yang berdaftar.

“Hal ini kerana, taska yang berdaftar adalah terjamin dari segi pengasuh yang terlatih dan persekitaran yang selamat kerana telah menjalani proses pemeriksaan yang teliti sebelum diluluskan operasinya,” tegasnya.

Jelasnya, prosedur tersebut adalah salah satu aspek penting bagi mengelakkan anak-anak asuhan daripada mengalami tragedi yang tidak diingini dan ia perlu dilaksanakan setiap hari.

MESRA… Datuk Rosey Yunus beramah mesra bersama kanak-kanak di Taska Bimbingan Cahaya

LAIN-LAIN BERITA

Jasa Tun Taib tidak terhad di peringkat negeri

Yang Dipertua Yadim, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus terkenang jasa Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun dan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud yang pernah menjadi Menteri

24 mesin hemodialisis baharu diagih ke seluruh Sarawak

KOTA SAMARAHAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak memperuntukkan sebanyak 24 buah mesin hemodialisis yang bernilai RM987,600 dalam usaha memperkasakan rawatan pesakit buah pinggang di negeri ini.

BERITA TERBARU

162 kluster SPOC terima persijilan MSPO

KENINGAU: Sebanyak 162 Kluster Minyak Sawit Mampan (SPOC) melibatkan 177,355 pekebun kecil sawit persendirian (PKP) berjayamemperoleh Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) di bawah seliaan

Anak lambat bercakap

ANAK saya belum bercakap. Kenapa si kecil saya tidak bercakap? Berapa banyak perkataan yang sepatutnya dikeluarkan oleh kanak-kanak berumur dua tahun? Gejala anak lambat bercakap

Rayuan ibu Navalny dapat perhatian

MOSCOW: Sebuah mahkamah di Rusia, Far North bakal mendengar kes pada bulan depan yang dibawa oleh ibu kepada pemimpin pembangkang, Alexei Navalny, yang dihalang daripada

M’sia, Kanada perkukuh kerjasama pertanian

KUCHING: Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPK), Datuk Arthur Joseph Kurup menerima kunjungan kehormat daripada Menteri Pertanian dan Agrimakanan Kanada, Lawrence MacAulay pada Selasa,