SIBU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu digesa untuk bekerjasama rapat dengan ketua masyarakat, kaum, JKKK dan jabatan yang relevan bagi memastikan tiada yang tercicir untuk menerima bantuan bakul makanan dari kerajaan negeri.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kerajaan mahu semua yang layak akan menerima bantuan ini.
“Kita juga menyerahkan tugas ini kepada JPBB Sibu untuk mengenal pasti mereka yang memerlukan serta layak untuk menerima bantuan ini
“Kita juga mahu melihat bahawa setiap daripada mereka ini menerima bantuan,” katanya ketika sidang media di Kompleks Islam Sarawak Sibu di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau mengiringi Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyempurnakan penyampaian bantuan bakul makanan kepada penduduk yang terjejas pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bahagian Sibu.
Beliau berkata, JPBB Sibu telah diberi amanah untuk mengenal pasti mereka yang memerlukan serta layak untuk menerima bantuan ini.
Justeru, beliau mahu JPBB Sibu bekerjasama dengan jabatan yang terlibat seperti tentera, bomba, kebajikan, APMM serta jabatan lain.
“Kita memerlukan ketua masyarakat dan badan bukan kerajaan yang lain supaya penghantaran ini akan dapat dijalankan dengan baik sudah tentu saya fikirkan JPBB sudah mengenal pasti mereka yang layak ini,” ujar beliau.
Awang Tengah turut mengingatkan petugas yang menghantar bantuan ini supaya hendaklah mematuhi SOP yang telah digariskan.
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my