ARTIKEL

Gambar hiasan Bernama

Pasukan antarabangsa bantu padamkan kebakaran yang berlarutan 36 jam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NICOSIA: Pasukan antarabangsa telah menyertai anggota bomba Cyprus untuk memadamkan kebakaran yang berlarutan selama 36 jam di negara itu.

Greece dan Jordan telah menghantar pesawat untuk membantu usaha memadam kebakaran di daerah pergunungan Paphos di barat Cyprus, lapor pihak berkuasa tempatan pada Rabu.

Jurucakap Perkhidmatan Bomba Cyprus, Andreas Kettis, berkata anggota bomba masih berdepan dengan kebakaran besar akibat angin kencang dan suhu yang sangat tinggi mencecah 41 darjah Celsius di beberapa kawasan, lapor Xinhua.

Ketua Pegawai Bomba, Nikos Logginos, memberitahu radio nasional CyBC bahawa beliau berharap kebakaran itu dapat dikawal sebelum malam, sambil menambah bahawa anggota bomba menggunakan jentera berat untuk membuat laluan ke kawasan yang terjejas.

Menurut Kettis, kebakaran itu telah memusnahkan tumbuh-tumbuhan di lebih lapan kilometer persegi dan membakar dua rumah serta beberapa ladang haiwan.

Penduduk dari lima kampung yang telah dipindahkan semalaman dibenarkan pulang pada Rabu.

Kerajaan berkata pegawai akan dihantar ke kawasan itu untuk merekodkan kerosakan harta benda.–BERNAMA-XINHUA

BERITA LAIN

Empat maut dalam insiden tanah runtuh di Antipolo

MANILA: Kejadian tanah runtuh di bandar Antipolo, timur Manila meragut empat nyawa setakat ini, menurut jurucakap Pejabat Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana Bandar Antipolo, Relly Bernardo

BERITA TERBARU