ARTIKEL

Pasukan basikal lebuh raya menanti dana baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) yakin ada sinar menanti buat skuad lebuh raya negara berhubung peruntukan RM1.5 juta yang ditarik oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 2013.

Pengerusi Jawatankuasa Berbasikal Lebuh Raya PKBM Norazman Abu Samah berkata perkara itu telah dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja bersama badan induk sukan berkenaan, baru-baru ini.

“Jadi bila kami bentangkan dalam mesyuarat itu, Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Arrifin Mohd Ghani memberi satu respons positif untuk membantu walaupun tak sepenuhnya, secara berfasa. Kita juga diminta untuk menulis surat kepada KBS berhubung perkara itu.

“Insya-Allah kita akan jumpa menteri sendiri nanti… saya akan cuba tuntutlah, macam saya kata sebelum ini basikal lebuh raya adalah berbeza daripada acara trek, basikal bukit (MTB) mahupun gaya bebas yang berada di bawah persatuan sendiri,” katanya ketika dihubungi Bernama.

PKBM pernah menerima peruntukan RM1.5 juta setahun untuk pasukan lebuh raya, namun ia diberhentikan selepas pulang dengan tangan kosong pada Sukan SEA 2011 di Indonesia.

Sebelum ini, Norazman berharap agar kejayaan skuad lebuh raya wanita menempah slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 dapat meyakinkan KBS untuk kembali memberikan peruntukan buat pasukan itu.

Ini berikutan Nur Aisyah Mohamad Zubir, 26, disahkan ke Sukan Olimpik selepas mendapat makluman daripada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) bahawa Malaysia mendapat satu slot sebagai wakil Asia ke acara lebuh raya wanita berdasarkan ranking.


Kali terakhir skuad berbasikal lebuh raya kebangsaan mempunyai wakil di pentas Olimpik adalah pada edisi 2012 di London menerusi dua pelumba lelaki negara – Muhammad Adiq Hussainie Othman dan Amir Mustafa.


Norazman berkata PKBM pada masa sama sedang merangka beberapa persiapan buat Nur Aisyah sebagai bekalan untuk ke Paris.

“Beliau akan mula berkayuh pada Jelajah Vietnam dan Jelajah Thailand, namun sekiranya tiada, kami turut merancang buat beliau menyertai latihan pusat di Thailand dari Mei hingga Julai depan,” katanya.– BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Harimau Malaya pindah kandang jika…

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai perancangan sekiranya Stadium Nasional Bukit Jalil tidak bersedia untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau

Pencarian bakat baharu di Betong

BETONG: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini, menzahir ucapan terima kasih kepada pihak Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Sarawak

BERITA TERBARU

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais