Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Pasukan Bola Tampar SUK Sarawak raih gangsa

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
BERJAYA...Aksi wakil pasukan Bola Tampar SUK Sarawak selepas berjaya ke peringkat separuh akhir kejohanan SUKSEM

KUCHING: Pasukan Bola Tampar Sarawak meraih pingat gangsa pada kejohanan Sukan Setiausaha Kerajaan Se-Malaysia (SUKSEM) yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), semalam.

Penentuan akhir bersama pasukan SUK Negeri Sembilan berakhir dengan keputusan (25-15),
(27-29), (25-13), (28-26), sekali gus mengesahkan tempat ketiga milik mereka.

Pasukan kendalian Arqam Nasir mencatat kemenangan pertama mengalahkan pasukan SUK Selangor secara dua set dengan keputusan set pertama (25-19) dan set kedua (25-11).

Pasukan pilihan kejohanan tersebut sekali lagi melakar kemenangan ketika bertemu SUK Perlis dengan keputusan (25-16), (25-8).

Hasil kemenangan dua perlawanan menjadi tiket buat pasukan Sarawak itu melangkah ke separuh akhir kejohanan.

Langkah pasukan SUK Sarawak bagaimanapun terhenti selepas kalah menentang SUK Sabah dengan keputusan di peringkat separuh akhir.

“Kemenangan ini khas buat Sarawak dan bersyukur kita dapat melangkah sejauh ini dengan menghadiahkan pingat gangsa buat negeri bumi kenyalang.

“Terima kasih atas komitmen semua pemain dan tidak lupa juga kepada pihak pengurusan atas sokongan yang diberikan kepada pasukan SUK Sarawak,” ujar Arqam selaku pengurus pasukan bola tampar SUK Sarawak.

Sarawak dibarisi beberapa bekas pemain kelab handalan tempatan, Petra Jaya Volleyball Club (PJVC).

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang