ARTIKEL

Pasukan CERT perlu bijak ambil tindakan awal apabila berlaku banjir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Pasukan Bertindak Kecemasan Komuniti (CERT) diingatkan untuk mengambil tindakan awal serta membuat keputusan bijak apabila berlaku kecemasan atau bencana khususnya menjelang musim Monsun Timur Laut (MTL).

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pasukan yang terdiri daripada ketua masyarakat itu perlu membuat keputusan pantas dan efektif bagi membantu penduduk kampung yang terjejas.

“Musim tengkujuh atau MTL sudah bermula sejak 11 November lalu. Sementara di Sarawak lazimnya bencana banjir akan berlaku pada bulan Januari hingga Februari.

“Bagaimanapun, kita sudah melaksanakan persiapan sebaik mungkin melibatkan semua agensi.

Ia termasuk menyediakan CERT di setiap kawasan luar bandar dengan tanggungjawab untuk menguruskan satu kampung apabila berlaku bencana banjir kerana dikhuatiri agensi-agensi penyelamat lambat tiba di lokasi,” katanya.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas lawatan kerja naik taraf dua bulatan kepada lampu isyarat dan pembinaan laluan khas ART di Kota Samarahan, hari ini.

” Oleh itu, mereka mesti tahu membuat keputusan dan kalau perlu memindahkan penduduk, ia mesti dilakukan. Selain itu, sekiranya ada mangsa sakit, CERT ini perlu mengambil tindakan pantas dan wajar.

“Mereka juga harus segera membuat laporan di pejabat residen masing-masing mengenai keadaan semasa atau kejadian banjir di kawasan mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, Sarawak juga telah menyediakan pusat pemindahan sementara (PPS) dan bekalan makanan secukupnya untuk mangsa-mangsa banjir di seluruh negeri.

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak kehilangan figura yang berdedikasi

KUCHING: Sarawak kehilangan figura yang telah mendedikasikan hampir seluruh usianya untuk memimpin negeri ini ke arah kemajuan. Demikian kata Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan

BERITA TERBARU

Sawit naik RM3,750 satu tan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial