ARTIKEL

Pasukan Golf Sarawak bersiap hadapi SUKMA 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Pasukan Golf Sarawak kini selangkah ke hadapan dalam menyiapkan diri untuk menghadapi acara Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Ia terbukti melalui pencapaian cemerlang pasukan tersebut dalam Kejohanan Golf Majlis Sukan Sekolah Menengah (MSSM) 2023 yang diadakan pada 19 hingga 21 September lalu.

Antara pencapaian pasukan tersebut adalah berhasil meraih pingat emas dalam kategori bawah 18 tahun dengan pemain Sri Raam Palana, Koo Zeng Xi, dan Kulleh Tajang sebagai pemimpin pasukan lelaki.

Selain itu, pasukan kategori lelaki bawah 12 tahun yang terdiri daripada Sebastian Zane, Jayden Png, dan Jayden Liew, telah berjaya meraih pingat gangsa dan sekali gus melayakkan pasukan tersebut untuk mewakili Sarawak dalam SUKMA 2024.

Sementara itu, bagi kategori individu pula, Bernice Hwang berjaya meraih tempat keempat dalam kategori perempuan bawah 12 tahun, manakala Sebastian Zane, Joshua Lim, Livia Lau dan Sri Raam Palana menduduki tempat ketujuh dalam kategori masing-masing yang dipertandingkan.

Terdahulu, kejohanan tersebut diadakan di Padang Golf Uniputra dan Kelab Golf Danau, dan seramai 18 pemain dari Kelab Golf Miri (KGM), Kuching dan Bintulu telah mewakili Sarawak dalam acara tersebut.

Pasukan tersebut dipimpin oleh Cikgu Cuali dengan bantuan pasukan yang terdiri daripada pemain golf berpengalaman.

Gambar kenangan pasukan yang telah mewakili Sarawak dalam kejohanan MSSM 2023

LAIN-LAIN BERITA

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Senarai pendek pemain tenis dikenal pasti

KUCHING: Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) sudah mempunyai senarai pendek pemain terbaik ketika ini. Namun senarai itu belum dimuktamad untuk menjadikannya kepada skala lebih kecil

Wee Wern ucap selamat tinggal kepada sukan skuasy

KUALA LUMPUR: Selepas dua dekad dalam sukan skuasy, bintang skuasy wanita negara Low Wee Wern mengumumkan persaraannya secara rasmi tengah malam tadi. Pengumuman tersebut dilakukan pemain berusia 33

Tze Yong alami kecederaan tulang belakang – BAM

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong mengalami kecederaan tulang belakang semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.  Perkembangan itu dimaklumkan

BERITA TERBARU

Berita yang menyedihkan – Datuk Sim Kiang Chiok

KUCHING : Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok, menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib

Projek ART Johor bechuntoka pemujur Sarawak

KUCHING: Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) di Sarawak deka nyadi malin ungkup projek ART ti deka dipejalai di nengeri Johor. Perintah Nengeri Johor benung ngelanggur