ARTIKEL

Pasukan HBBC juara badminton heavyweight 100kg

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kejohanan Badminton Heavyweight 100kg Beregu Lelaki 2024 yang berlangsung di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Bau melabuhkan tirainya Ahad lalu.

Saingan dua hari (27 dan 28 April) berjaya didominasi pasangan Mohd. Osman dan Abang Muhd. Fathurrahman mewakili pasukan HBBC apabila dinobat selaku juara.

Beregu pilihan terbabit tidak berdepan masalah memuktamad gelaran berprestij itu hasil kemenangan 2-0 (21-16, 21-18) yang diperoleh ke atas pasangan Eliezer Anak Brandah dan Revicson Anak Jackson dari pasukan JBC selaku naib juara pada aksi final.

Kejayaan itu membolehkan Mohd. Osman dan Abang Muhd. Fathurrahman menerima wang tunai RM800, piala dan pingat.

Pasangan Eliezer Anak Brandah dan Revicson Anak Jackson pula peroleh wang tunai RM600, piala dan pingat selaku naib juara.

Dalam pada itu, pasangan Bryan Cheu Teck Hong dan Chin Yian Heng mewakili Team Kenyalang muncul pemenang tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM400, piala dan pingat selepas berjaya menumpaskan gandingan adik-beradik, Abdul Rahman Usuf dan Abdul Rahim Usuf (21-18, 21-19) selaku pemenang tempat keempat dan turut membawa pulang wang tunai RM200, piala dan pingat.

Pengerusi Pertandingan, Sylvester Asroy memberitahu, kejohanan terbabit dianjur oleh Castle Wellness Centre & Kelab Kepsus.

Menurutnya, sebanyak 16 beregu turut serta dalam kejohanan dua hari itu.

“Beregu berentap mewakili pelbagai kelab handalan sekitar kawasan terbabit,” ujar Sylvester kepada Arena Suara Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)