Pasukan N.32 Simanggang juara Futsal 2019 Piala Pusingan Dato’ Sri Doris Sophia Brodie

BINTULU: Pasukan N.32 Simanggang menjuarai pertandingan Futsal 2019 Piala Pusingan Dato’ Sri Doris Sophia Brodie, Ketua Wanita Parti Rakyat Sarawak(PRS) selepas membelasah pasukan N.65 Belaga dalam perlawanan akhir, petang tadi.

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di gelanggang Futsal Kelab Kidurong Bintulu, pasukan N.32 Simanggang membelasah pasukan N.65 Belaga dengan agregat 2-1.

Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1, yang kemudiannya menyaksikan kedua-dua pasukan saling mengasak ke kubu lawan.

Namun, tuah memihak pasukan Simanggang apabila berjaya menjaringkan gol kedua pada aksi separuh masa kedua dengan memastikan keputusan kekal 2-1 milik pasukan berkenaan.

Tempat ketiga disandang pasukan N.49 Ngemah selepas membenam pasukan N.80 Batu Danau dengan keputusan 4-0.

TAHNIAH.. Masing menyampaikan hadiah kepada pasukan N.32 Simanggang yang menjuarai pertandingan Futsal 2019 Piala Pusingan Dato’ Sri Doris Sophia Brodie, Ketua Wanita Parti Rakyat Sarawak(PRS).

Hadiah kepada pemenang disampaikan Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan Sarawak yang juga Presiden PRS Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing.

Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong, Ahli Dewan Undangan Negeri Samalaju (ADUN) Samalaju Majang Renggi,
ADUN MURUM Kennedy Chukpai Ugon dan ADUN Pelagus, Wilson Nyabong hadir sama.

Sebanyak 19 pasukan iaitu Wanita Exco Pusat A, Wanita Exco Pusat B, N.30 Balai Ringin, N.31 Bukit Begunan, N.32 Simanggang, N.34 Batang Ai, N.49 Ngemah, N.59 Tamin, N.60 Kakus, N.61 Pelagus, N.64 Baleh, N.65 Belaga, N.66 Murum A, N.66 Murum B, N.69 Kemena, N.70 Samalaju, N.75 Senadin, N.79 Bukit Kota dan N.80 Batu Danau bersaing merebut kejuaraan yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan.

UNTUK ALBUM… Masing mengabaikan gambar bersama pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan Futsal 2019 Piala Pusingan Dato’ Sri Doris Sophia Brodie, Ketua Wanita Parti Rakyat Sarawak(PRS)