Pasukan Petugas Khas jaga sempadan negara

KUCHING: Pasukan Petugas Khas ditubuhkan untuk memperketatkan semua kawalan sempadan di perairan, laut dan udara Malaysia.

Perkara itu ditegaskan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi bagi menyekat laluan yang dapat dibolosi dengan mudah oleh pendatang asing tanpa izin (Pati) ke negara ini.

“Kita tidak mahu pendatang yang masuk ke Malaysia membawa Covid-19 sebagai kluster baharu,” jelasnya ketika ditemui media di Sekatan Jalan Raya di sini, kelmarin.

Tambahnya, ketika ini seramai 80 hingga 100 anggota diatur gerak sempena Op Kerangka di kawasan sempadan negara. Operasi itu untuk memastikan pengurusan di kawasan sempadan terutamanya lorong-lorong tikus dikawal rapi semasa PKPB Covid-19 dijalankan.

Terdahulu katanya, operasi yang dilakukan sebelum ini ratarata menunjukkan keputusan positif berdasarkan hasil siri lawatan beliau ke seluruh negara.

Hasbullah dalam ucapannya turut mengakui wabak tersebut telah menguatkan lagi ikatan kerjasama ATM dan PDRM untuk memastikan penularan Covid-19 dapat diputuskan serta-merta