Trending

Pasukan SO Kuching sasar emas

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

 

SEMANGAT… Datuk Seri Fatimah Abdullah (tengah) bersama-sama para pemain SO Kuching dan jurulatih bergambar dalam majlis penyerahan bendera selaku wakil Malaysia ke Bangkok di Bangunan Baitulmakmur II

 

KUCHING: Pasukan Olimpik Istimewa (Special Oympics – SO) Kuching julung kalinya terpilih mewakili negara untuk berentap di temasya SO Bola Sepak Unified Asia Tenggara Edisi ke-9 2022 di Bangkok, Thailand, pada 13 November ini.

Presiden SO Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, pihaknya menyasarkan pasukan mereka untuk meraih emas biarpun mengakui temasya itu merupakan landasan sukar buat anak-anak buahnya.

“Semestinya kita mahu yang terbaik dan kita telah membantu mereka untuk bersedia dari segi kemudahan menjelang perlawanan.

“Harapan dan sasaran kita adalah untuk mendapat johan bagi kejohanan ini, di samping sebagai medium untuk atlet SO Sarawak mengambil pengalaman bersaing di peringkat Asia Tenggara.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Bangunan Baitulmakmur II di sini, hari ini.

Beliau turut meluahkan harapan agar para pemain menggunakan peluang bermain di rantau Asia Tenggara sebagai pemangkin dalam memartabatkan sukan Bola Sepak dan mampu meningkatkan kualiti permainan hasil pengalaman yang ditimba di kejohanan itu kelak.

Tambahnya, usaha bagi memperkasakan sukan SO Sarawak akan terus dipergiat untuk memastikan para atlet khususnya atlet Orang Kelainan Upaya (OKU) dapat berkembang dari semasa ke semasa.

Justeru, beliau berharap hasil latihan dan strategi perlawanan dapat diterapkan menjelang perlawanan kelak dalam usaha pasukan mampu mencapai sasaran yang dihasratkan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru