Pasukan tinju Sarawak pindah kem latihan

PRESIDEN Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA), Datuk Rahman Lariwoo menjelaskan, pihaknya mengemukakan cadangan untuk mengubah gelanggang latihan peninju skuad Sukma.

Pendekatan tersebut terpaksa dilakukan ekoran beberapa masalah di gelanggang latihan sekarang ini. “Kita akan mengemukakan cadangan kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) berhubung perkara itu.

“Ia perlu dilakukan memandangkan timbul beberapa masalah terhadap gelanggang lama,” tegas Datuk Rahman kepada Arena Suara Sarawak semalam. Beliau mengakui, cadangan gelanggang baharu sudah dikenal pasti dan segalanya terpulang kepada keputusan pihak kementerian.

Sementara itu, penyumbang pingat emas Sukma Perak 2018, Dealoniel Mcdelon Bong (60 kg) mengalami kecederaan, namun tidak membimbangkan. “Beliau hanya mengalami cedera ringan dan kini menjalani rawatan pemulihan di Rehab Concept (Pusat Pemulihan Berprestasi Tinggi di Pusat Akuatik Pandelela RinongPetra Jaya,” ujarnya.

….Untuk berita sukan lainnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 17 Mac 2021

Suara Sarawak