ARTIKEL

PATI wanita dari Indonesia pembawa varian Delta ke Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Wanita berusia 29 tahun adalah pendatang tanpa izin (PATI) dari Indonesia merupakan pembawa virus varian Delta COVID-19 ke Sibu.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit menerusi satu kenyataannya, hari ini (Khamis).

Beliau menjelaskan wanita terbabit disyaki masuk ke Sarawak dari Indonesia pada 5 Julai lalu menggunakan laluan tikus dari Pontianak sebelum datang ke Sibu dengan menaiki lori.

“Turut bersamanya ialah seorang Pati lelaki berusia 22 tahun merupakan kontak rapatnya.

“Wanita terbabit disahkan positif COVID-19 pada 7 Julai,” ujar beliau.

Beliau memberitahu, wanita terbabit kini ditahan di Hospital Sibu sejak 7 Julai 2021 setelah diuji positif menerusi ujian PCR pada hari yang sama.

Sementara itu, jelasnya lagi, lelaki PATI terbabit disahkan negatif COVID-19 selepas dua kali melakukan ujian saringan dan kini masih di pusat kuarantin di sebuah hotel di sini.

Rentetan itu, dua warga tempatan yang merupakan kontak rapat kepada kedua-dua PATI tersebut juga adalah lelaki.

“Kedua-dua lelaki warga tempatan ini juga sudah menjalani saringan COVID-19 bagaimanapun keputusan mereka berdua negatif.

“Sekarang ini, kedua-duanya ditahan di pusat kuarantin untuk selama 21 hari,” ujarnya.

Beliau menambah, kedua-dua PATI terbabit akan ditahan mengikut Seksyen 55E/6(1) Akta Imigresen 1959/63 setelah kedua-duanya selesai menjalani proses kuarantin kelak.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) Dr Annuar Rapaee menerusi strim langsungnya pada petang Rabu, mengesahkan seorang PATI yang datang ke Sibu telah didapati positif varian Delta COVID-19.

Bagaimanapun, Dr Annuar memberitahu bahawa beliau tidak mempunyai data lengkap mengenai PATI terbabit memandangkan kes tersebut dalam siasatan polis.

Pada Rabu, Pengarah Institut Perubatan dan Kesihatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak Profesor Dr David Perera mengumumkan sebanyak 76 lagi kes baharu varian Delta (B.1.167.2) dikesan di negeri ini.

Daripada 76 kes keseluruhannya, 52 dikesan di Kuching diikuti 11 kes (Serian), 3 kes (Samarahan), 5 kes (Sri Aman) sementara Sibu, Miri dan Betong masing-masing dikesan dengan satu kes.

Beliau memberitahu pihaknya juga turut mengesan satu kes masing-masing bagi kategori Import A dan Import B bagi varian tersebut.

Daripada 76 kes baharu itu, katanya, ia dikesan dalam pengesanan dan pengawasan berterusan Varian SAR-COC-2 yang menular di negeri ini.

Jelasnya, sampel daripada kes-kes positif telah diuji antara 7 Jun hingga 13 Julai.

Dengan penambahan terkini kes varian Delta COVID-19 di negeri ini iaitu 76 kes yang baharu dilaporkan Sarawak hari ini, secara keseluruhannya Sarawak merekodkan 93 kes varian Delta yang dikesan setakat ini.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya