Patuh atau hilang wang pencen

KUCHING: Cuepacs Negeri Sarawak (CNS) menyokong penuh gesaan Presiden Cuepacs Malaysia agar penjawat awam dan pesara kerajaan mesti mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya mereka tidak mahu menerima risiko kehilangan gaji dan pelbagai elaun atau kemudahan pencen.

Pengerusi CNS Ahmad Mahlie berkata, penjawat awam mesti mematuhi arahan dengan duduk di rumah atau bekerja dari rumah kecuali mereka yang bertugas di barisan hadapan.

“Kegagalan mematuhi PKP mereka boleh ditangkap dan jika ingkar terutamanya pada waktu malam boleh dijatuhkan hukuman penjara.

“Maka, adalah malang bagi penjawat awam tersebut kerana dia boleh kehilangan gaji dan elaun manakala pesara kerajaan pula boleh kehilangan kemudahan pencen apabila dijatuhi hukuman penjara,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Tambah Ahmad Mahlie, Cuepacs mengingatkan semua penjawat awam dan pesara kera- jaan untuk sentiasa mematuhi arahan PKP demi mengelakkan diri daripada ditangkap oleh pihak berkuasa.

“Sekiranya perlu ke pejabat atau keluar membeli barang kep- erluan, kita harus mematuhi lang- kah yang ditetapkan semasa PKP agar tidak dituduh sebagai ingkar arahan PKP.

“Oleh itu, CNS berharap semua penjawat awam dan pesara kera- jaan sentiasa duduk di rumah sebagai tanda kita mematuhi ara- han PKP,” jelasnya.

Terdahulu, Presiden Cuepacs Adnan Mat berkata, penjawat awam dan pesara kerajaan yang dikenakan tindakan undangundang kerana mengingkari PKP bakal berdepan kemungkinan kehilangan segala keistimewaan termasuk perkhidmatan, bayaran gaji, elaun atau wang persaraan.