ARTIKEL

Patuhi langkah keselamatan operasi penyelenggaraan di jalan raya – Chong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) menekankan kepentingan mengamalkan serta mematuhi langkah keselamatan yang ketat bagi operasi penyelenggaraan di jalan raya melibatkan kenderaan berat.


Hal ini berikutan kes kemalangan di Jalan Airport, Miri yang mengorbankan seorang lelaki berusia 39 tahun di lokasi kejadian dan penumpang – anak kepada mangsa disahkan meninggal dunia awal pagi tadi setelah bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Miri.


Justeru, Pengerusi Niosh, Chong Chieng Jen mengingatkan semua majikan dan pekerja agar sentiasa mengamalkan kaedah Pengenalpastian Bahaya, Penilaian Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC) bagi mengurangkan risiko secara aktif sekali gus meningkatkan keselamatan di tempat kerja.


“Ini sejajar dengan ketetapan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994), yang menggariskan kewajiban majikan, kontraktor, subkontraktor dan pekerja dalam mengekalkan standard keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.


“Berhubung kes kemalangan tersebut, Niosh ingin mengulangi syor keselamatan bagi operasi melibatkan kenderaan di jalan awam seperti melengkapkan tanda keterlihatan yang dipertingkatkan, pengurusan trafik komprehensif, audit keselamatan kerap, latihan dan pendidikan serta kesedaran awam,” katanya.


Chong turut berkata, Niosh sentiasa berdedikasi dan bersedia untuk menawarkan khidmat nasihat dan perundingan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung hal keselamatan dan kesihatan pekerjaaan.


Katanya, bantuan sedemikian adalah untuk menyokong PBT dalam melaksanakan kerja mereka di tempat awam, serta memastikan keselamatan pekerja, kontraktor dan juga orang awam.


Pada masa sama, Niosh turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan yang berlaku di Jalan Airport, Miri pada 16 April lalu.

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Reruai Sarawak curi perhatian pengunjung

KUCHING: Sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun ini mendapat pujian ramai termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Majlis

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA