ARTIKEL

Patuhi peraturan, elak kecederaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Penggiat sukan Muay Thai di Sarawak terutama kelab-kelab sedua disarankan untuk mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh badan induk, Persatuan Muaythai Malaysia (PMM) serta Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) semasa menyertai pertandingan.

Presiden PMNS, Jumaat Ibrahim menegaskan, pematuhan terhadap peraturan ditetapkan itu sangat penting untuk memastikan keselamatan atlet sentiasa terjamin.

Jelasnya, jurulatih Muay Thai hendakla sentiasa mengingatkan atlet mereka terhadap faktor keselamatan yang perlu dipatuhi semasa latihan atau pertandingan bagi mengelak kecederaan.

Tegasnya, ia penting kerana sukan Muay Thai merupakan sukan tempur lasak yang boleh mendatangkan kecederaan terhadap atlet jika mereka mengabaikan peraturan yang ditetapkan.

“Bagi memastikan keselamatan anak-anak muay, undang-undang ini perlu diikut supaya kecederaan dapat dielakkan

“Saya begitu menekankan soal keselamatan. Mana-mana atlet yang kurang latihan, jangan masuk gelanggang. Berbanding mereka yang mendapat pelepasan daripada jurulatih mereka,” katanya ketika berucap pada Cabaran MuayThai Amatur Bintulu semalam di Sapphire Gym Fitness 69 & Combat Sports Gym, Bintulu semalam.

Majlis perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh Daud Mohamed dari syarikat Maysville Sdn. Bhd.

Hadir sama Timbalan Presiden Persatuan Muaythai Bintulu, Farid Dahalan dan Pemilik Sapphire Gym Fitness 69 & Combat Sports Gym Shahrol Taha.

Seramai 30 atlet amatur berentap dalam kejohanan anjuran PMNS dan Persatuan Muaythai Bahagian Bintulu serta mendapat sokongan dari Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dan Persatuan Muaythai Malaysia (PMM).

LAIN-LAIN BERITA

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Enam perlawanan ujian awal sri kandi Sarawak

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, Suffian Ibrahim menegaskan enam perlawanan persahabatan bakal diharungi barisan pemain yang berada dalam skuad bayangan ketika ini. Tiga

BERITA TERBARU