ARTIKEL

Patuhi SOP, elak kluster pendidikan di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Prosedur Operasi Standard (SOP) perlu sentiasa dipatuhi bagi mengelakkan berlakunya kluster pendidikan di negeri ini.

Menurut Yang Dipertua Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Sarawak, Datuk Rozalix Edi Wahab, meskipun trend peningkatan kes Covid-19 melibatkan kluster pendidikan itu bukan berlaku di Sarawak, namun ia tetap menimbulkan kebimbangan.

“Sudah pasti kita di Sarawak turut bimbang dengan apa yang berlaku di Semenanjung Malaysia yang mana kluster pendidikan melibatkan anak-anak sekolah dan cikgu,” katanya yang dihubungi semalam.

Sehubungan itu katanya, walaupun di negeri ini belum menghadapi perkara seperti itu, masyarakat perlu mengambil iktibar dengan apa yang berlaku terutamanya di sekolah dan mengambil iktibar supaya ia tidak berlaku di Sarawak.

“Oleh itu, pesanan saya kepada ibu bapa agar sentiasa mengikuti SOP, keluar jika perlu, jangan fikir yang kita sudah dapat dua dos, tiga dos tapi kita rasa kita tidak akan dijangkiti Covid-19.

Kiri: Presiden KGBS Zulkiflee Sebli, Kanan: Datuk Rozalix Ediwahab

“Kita jangan terlalu yakin dengan tidak mengikuti SOP,” ujarnya.

Justeru, beliau menyarankan kepada pihak sekolah agar lebih peka dengan perkara-perkara sedemikian selain menyarankan kepada ibu bapa supaya sentiasa mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Ia bukan sesuatu yang menyusahkan kita. Jangan fikir ia menyusahkan kita tapi ia sebenarnya melindungi kita dan anak-anak kita,” tambahnya.

Sementara, Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS), Zulkiflee Sebli berkata, kluster pendidikan yang semakin menular ketika ini mungkin terjadi disebabkan kealpaan masyarakat yang tidak mementingkan penjagaan SOP dalam norma baharu.

“Kebanyakan kes ini melibatkan murid-murid asrama sekolah menengah.

“Di dalam kelas semasa sesi pembelajaran, mungkin SOP dipatuhi, tetapi sebaik sahaja mereka balik ke asrama, SOP ke laut. Di dalam dewan makan, di dalam asrama dan juga bilik mandi pematuhan SOP ini tidak diamalkan,” katanya.

Sehubungan itu ujarnya, peranan warden-warden sekolah amatlah penting dalam pematuhan SOP sekolah-sekolah berasrama.

“Penghuni asrama hendaklah diingatkan selalu betapa pentingnya kita menjaga dan mengamalkan SOP .

“Ibu bapa juga harus sentiasa menasihati anak-anak yang tinggal di asrama bahaya penularan Covid-19 jika mereka gagal membiasakan diri dengan norma baharu,” jelasnya.

Di sekolah harian juga tambahnya, pihak sekolah harus sentiasa berwaspada dan sering menasihati dan mengingatkan murid-murid agar patuh kepada SOP di sekolah.

“Kita bersimpati kepada murid-murid dan sekolah-sekolah yang terlibat dengan kluster pendidikan.

“Oleh itu, jadikanlah ia sebagai panduan dan peringatan kepada kita terutama pihak sekolah sama ada sekolah berasrama atau sekolah harian bahawa kita belum menang dalam peperangan melawan Covid-19.

Beliau turut mengingatkan supaya semua pihak sentiasa berwaspada dan mengamalkan pematuhan SOP dengan sebaik mungkin.

BERITA LAIN

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup