ARTIKEL

Patuhi SOP! segera kita landaikan lekuk Covid-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sambut perayaan Hari Gawai dengan ahli keluarga serumah atau di bilik rumah panjang masing-masing dan patuhi garis panduan (SOP), tegas Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurutnya yang juga Timbalan Ketua Menteri, masyarakat juga boleh menggunakan teknologi berhubung secara maya.

“Jangan balik rumah panjang atau kampung, duduk di rumah sahaja, jangan melakukan sebarang aktiviti ziarah atau ‘ngabang’, jangan berkumpul di suatu tempat atau ruai, usah menganjurkan aktiviti sabung ayam dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Budaya, tradisi, adat dan identiti kita tidak akan hilang tanpa meraikan perayaan tahun ini,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 Sarawak, di sini, hari ini.

Beliau menyeru masyarakat untuk memahami dan menyokong tindakan yang diambil kerajaan negeri itu dalam usaha mengurangkan jangkitan wabak di Sarawak.

“Bersimpatilah dengan semua petugas barisan hadapan terutamanya kakitangan perubatan yang terpaksa menanggung bebanan besar tanpa mengira cuti atau perayaan.

“Yang penting kita selamat dan masih hidup! Mudah-mudahan kita akan dapat melandaikan lekuk jangkitan Covid-19 dengan segera,” tegasnya.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya