Patut terap corak menyerang

Jurulatih skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe perlu mempertimbangkan semula sistem permainan dalam misi wajib menang ke atas Vietnam malam esok.

Gesaan itu dibuat selepas sistem diterapkan Cheng Hoe pada aksi di Stadium Zabeel di Dubai, Jumaat lepas, dilihat lebih memberi penekanan kepada corak permainan bertahan dan hanya menunggu peluang melakukan serangan balas.

Legenda bola sepak negara Khalid Ali berkata sistem permainan bertahan bukan sahaja membataskan sumbangan dan keupayaan sebenar pemain negara, malah memerlukan mereka berada pada tahap kecergasan terbaik untuk bergerak secara konsisten sehingga wisel penamat.

Beliau berkata berdasarkan perlawanan menentang UAE, skuad Harimau Malaya gagal mengekalkan kecergasan apabila memasuki 30 minit terakhir.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 10 Jun 2021

Suara Sarawak