ARTIKEL

TAHNIAH....MAHA Pavilion Sarawak merangkul gelaran Juara MAHA 2026, hari ini. FOTO FB MAHA PAVILION SARAWAK)

Pavilion Sarawak dinobatkan Pavilion Negeri Terbaik MAHA 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERDANG: Pavilion Sarawak mencipta kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai Pavilion Negeri Terbaik sekali gus merangkul gelaran Juara Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 sempena Pameran MAHA 2026 di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), hari ini.

Menurut MAHA Pavilion Sarawak, kejayaan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 berserta sijil penghargaan.

“Pada masa sama, kejayaan ini mengukuhkan pencapaian Sarawak dalam mengetengahkan keunikan, kepelbagaian serta potensi sektor agro makanan dan komoditi negeri di peringkat nasional,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Jelasnya, pencapaian tersebut mencerminkan komitmen dan kerjasama erat pelbagai kementerian, jabatan, agensi, usahawan serta pemain industri Sarawak dalam mengetengahkan kekuatan sektor pertanian, agro makanan dan komoditi negeri.

Selain itu, ia membuktikan keupayaan Sarawak menampilkan identiti negeri secara berkesan, selain membuka ruang lebih luas untuk memperkenalkan potensi sektor agro makanan dan komoditi kepada pasaran yang lebih besar.

Kejayaan berkenaan juga menjadi penghargaan terhadap dedikasi seluruh pasukan Pavilion Sarawak yang berganding bahu memastikan penyertaan negeri pada MAHA 2026 dapat dilaksanakan dengan baik serta mencapai matlamat yang ditetapkan.

Pencapaian tersebut diharap terus menyemarakkan usaha Sarawak dalam memperkukuh sektor pertanian dan komoditi, selain meningkatkan keterlihatan produk serta keupayaan usahawan negeri di peringkat nasional.

Sehubungan itu, penyertaan Sarawak dalam MAHA 2026 yang berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September bukan sekadar menjadi medan pameran, malah berperanan sebagai platform strategik untuk memperkenalkan produk, inovasi, budaya serta keusahawanan Sarawak kepada pengunjung dari seluruh negara.

“Kemenangan itu turut membuktikan keupayaan Sarawak menampilkan identiti negeri secara berkesan, selain membuka ruang lebih luas untuk memperkenalkan potensi sektor agro makanan dan komoditi kepada pasaran yang lebih besar.

“Kejayaan ini juga menjadi penghargaan terhadap dedikasi seluruh pasukan Pavilion Sarawak yang berganding bahu memastikan penyertaan negeri pada MAHA 2026 dapat dilaksanakan dengan baik serta mencapai matlamat yang ditetapkan.

“Pencapaian tersebut diharap terus menyemarakkan usaha Sarawak dalam memperkukuh sektor pertanian dan komoditi, selain meningkatkan keterlihatan produk serta keupayaan usahawan negeri di peringkat nasional,” tambah kenyataan itu.

Terdahulu, Setiausaha Tetap Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD), Datuk Sirai Daha, bersama pegawai serta petugas Pavilion Sarawak hadir bagi menerima hadiah kemenangan berkenaan.

Manakala, majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia, Datuk Seri Mohamad Sabu.

TAHNIAH….MAHA Pavilion Sarawak merangkul gelaran Juara MAHA 2026, hari ini. FOTO FB MAHA PAVILION SARAWAK
TAHNIAH….MAHA Pavilion Sarawak merangkul gelaran Juara MAHA 2026, hari ini. FOTO FB MAHA PAVILION SARAWAK

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,