ARTIKEL

Malcolm (dua kiri) merakam kenangan bersama-sama dengan pihak STATOS di hadapan Pavilion Sarawak di FHA-F&B 2024 di Singapura, hari ini. | Foto: UKAS

Pavilion Sarawak dirasmikan di acara Food and Hotel Asia (FHA)-Food & Beverage (F&B) 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SINGAPURA: Pameran perdagangan B2B terbesar Singapura, Food and Hotel Asia (FHA)-Food & Beverage (F&B) 2024 membuka tirainya di Max Atria Singapore Expo dekat sini, hari ini.

Dengan ruang pameran seluas 65,000 meter persegi bagi menampung 70 pavilion antarabangsa, acara yang berlangsung selama empat hari dari 23 hingga 26 April itu melibatkan penyertaan 1,500 pempamer dari 50 negara dan wilayah di seluruh dunia, termasuk Sarawak.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan, Datuk Malcolm Mussen Lamoh menyempurnakan perasmian Pavilion Sarawak di bawah kelolaan Pejabat Pelancongan dan Perdagangan Sarawak, Singapura (STATOS) di Dewan 4, Gerai 4D1-01.

Beliau turut berpeluang menyaksikan pelbagai jenis hidangan kulinari, produk makanan dan minuman tradisional Sarawak yang dipamerkan seperti gula apong tempe, pelbagai jenis sambal dan perencah Laksa Sarawak yang unik dan lazat, serbuk lada yang beraroma, rangkaian premium beras kenyalang, kuih muih dan kek lapis.

Selain itu, turut dipamerkan adalah makanan laut, terutamanya ikan empurau yang segar, ‘popcorn’ dan coklat pelbagai perisa, minuman kopi dan teh tiga lapis yang istimewa, jus buah-buahan yang menyegarkan, keropok, kelupis pulut, air tuak, peria garing, kacang, ikan tahai dan banyak lagi.

Baca lain  RUU Perlindungan Kesihatan Awam (Pindaan) 2024 diluluskan sebulat suara

Menurut Malcolm, ini merupakan satu platform untuk mempromosikan produk Sarawak yang diyakini boleh menarik minat para pengunjung.

“Selama tiga kali Sarawak terlibat dalam FHA F&B 2024 semenjak tiga tahun yang lepas, ini benar-benar terbukti memberi peluang untuk mempamerkan keunikan makanan dan minuman dari Bumi Kenyalang dan mungkin dapat menarik minat para pengunjung yang datang.

“Saya berasa Pavilion Sarawak ini akan lebih terkenal pada masa akan datang dengan produk yang lebih menarik dan lebih berdaya saing di pasaran antarabangsa.

“Yang lebih penting, kita dapat menembusi pasaran antarabangsa kerana di Sarawak kita punya pasaran tidak cukup besar, jadi kita memberi peluang untuk peniaga-peniaga atau pihak usahawan meluaskan perniagaan mereka,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif STATOS, Chew Chang Guan memberitahu, dalam usaha meletakkan Sarawak sebagai peneraju dalam perniagaan tani, Pavilion Sarawak pada tahun ini mempunyai 32 pempamer mewakili usahawan terkenal di Sarawak yang berminat untuk mendedahkan perniagaan mereka kepada pasaran antarabangsa.

“Matlamat kami bukan sahaja untuk menarik minat tetapi memupuk penglibatan dan pembelian yang berterusan dalam sektor makanan dan minuman kita, sekali gus meletakkan kedudukan Sarawak dalam pasaran global.

Baca lain  Wakil konsesi dan kontraktor penyenggaraan perlu produktif serta responsif – Fadillah

“Saya menjemput anda semua untuk menerokai Pavilion Sarawak, berinteraksi dengan pempamer kami, dan menikmati hidangan kulinari yang ditawarkan oleh Sarawak.

“Slogan kami ‘Taste Sarawak’ merangkumi janji pengalaman yang tidak dapat dilupakan, dan saya pasti anda akan menikmati setiap detiknya,” ujarnya semasa berucap pada Majlis Perasmian Pavilion Sarawak.

Hadir sama ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED), Lo Sheau Sia, dan tiga ahli Lembaga Pengarah STATOS, Ngui Ing Ing, Charlie Soh dan Christopher Chong.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

BERITA TERBARU

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).