ARTIKEL

Pavilion Sarawak menyerlah di IMEX Frankfurt

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak sekali lagi meningkatkan kedudukannya sebagai destinasi acara perniagaan utama di pameran perdagangan IMEX Frankfurt di Jerman, dengan melancarkan Pavilion Sarawak untuk tahun kedua baru-baru ini.

IMEX Frankfurt merupakan tempat mesyuarat global, acara dan industri pelancongan berhimpun setiap tahun untuk pameran perdagangan terbesar seumpamanya di Eropah.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan berkata, tahun ini merupakan tahun kedua Sarawak mengambil bahagian IMEX Frankfurt dengan pavilion.

“Setahun yang lalu, Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) mengumumkan bahawa sudah tiba masanya untuk menjadikan Sarawak sebagai impak legasi acara perniagaan di Malaysia dan Borneo.

“Justeru, kami amat berbangga dengan keputusan ini, kerana Sarawak diiktiraf dan dikenal pasti sebagai kuasa acara perniagaan di rantau Asia Tenggara.

“Usaha ini tertumpu kepada memacu impak legasi melalui acara perniagaan menerusi pelancsaran Pelan Tindakan Induk Impak Legasi 2023 hingga 2025 di IMEX,” katanya dalam ucapannya ketika mengetuai delegasi ke pameran perdagangan dan pelancaran Pavilion Sarawak, pada Selasa lalu.

Tambah Snowdan, penyertaan pameran Sarawak di IMEX Frankfurt menguatkan mesej bahawa ia komited menerajui perubahan sosial dan ekonomi melalui acara perniagaan.

Jelasnya, menerusi Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030, Kerajaan Sarawak turut giat mencari acara perniagaan yang berkualiti untuk menyumbang kepada kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar.

“Untuk menarik konvensyen dan pameran antarabangsa, mesyuarat korporat serta insentif, Sarawak mesti dikenali dan dikenal pasti di seluruh dunia.

“Oleh itu, kami gembira berada di sini untuk tahun kedua dalam meneroka peluang perniagaan baharu bersama-sama para pemain global,” katanya.

Pada tahun ini, acara itu bertemakan impak yang menekankan perhimpunan komuniti acara perniagaan global, bagi menangani isu-isu mendesak yang menjejaskan manusia dunia.

Oleh itu, Pavilion Sarawak yang bertemakan ‘Acara Perniagaan Menyokong Pembangunan Komuniti’ meraikan keutamaan industri dalam menerajui perubahan sosial dan ekonomi melalui acara perniagaan.

Sarawak turut membawa pavilion ke tahap lain menerusi kerjasama dengan Persatuan Warisan dan Seni Kulinari Sarawak, Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO Kuching, dan The Bibber’s Tale untuk mempamerkan hubungan menarik antara acara perniagaan dengan komuniti kreatif.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Business Event Sarawak (BESarawak) Amelia Roziman dan CEO Majlis Kraf Sarawak Suriya Charles Buas.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat