ARTIKEL

Bell dan ahli parti melaungkan slogan "Hidup PBB".

PBB Cawangan Krian tuntut agihan peruntukan dana pembangunan lebih adil

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Krian menggesa agihan peruntukan dana pembangunan yang lebih adil.

Ketua Cawangan Parti PBB Krian, Bell Bernard Aggan berkata, beliau percaya kepada perkongsian kuasa dengan rakan dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang lain, terutamanya Parti Demokratik Progressif (PDP) di Saratok.

Menurutnya, sejak Pilihan Raya Negeri lalu, wakil rakyat bagi kerusi DUN Krian diwakili PDP.

“Justeru, saya menggesa wakil rakyat kita lebih inklusif dan adil kepada Parti PBB Cawangan Krian, terutamanya dalam pengagihan dana pembangunan,” katanya.

Bell, yang juga Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, berkata demikian semasa merasmikan Majlis Makan Malam Ahli Parti PBB Cawangan Krian di Dewan Sri Krian, kelmarin.

Beliau turut menggesa Parti PBB Cawangan Krian memberikan sokongan penuh kepada Kerajaan GPS di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Begitu juga sokongan terhadap ADUN Krian, Friday Belik, demi kesinambungan untuk membawa Sarawak amnya dan kawasan DUN Krian khususnya ke tahap lebih tinggi.

Baca lain  Kegiatan samseng dan kongsi gelap di S’wak terkawal

“Parti PBB Cawangan Krian menyokong penuh Abang Johari untuk terus meneraju Sarawak ke arah pembangunan yang mampan berdasarkan kepada Pelan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030),” ujarnya.

Bercakap tentang Parti PBB Cawangan Krian yang kini berusia 44 tahun, tegas Bell, ia kekal kuat dan stabil dengan adanya ahli yang setia dan berdisiplin.

“Tanpa sokongan ahli, Parti PBB tidak seutuh sekarang.

“Dan disebabkan ahli yang kuat, setia dan berdisiplin, ia telah menjadikan Parti PBB sebagai cawangan paling stabil selain kuat kerana budaya politik dan didikan oleh pemimpin terdahulu dan sekarang.

“Sehubungan itu, terima kasih kepada semua yang setia dan percaya dengan agenda PBB,” tambahnya.

Pada majlis tersebut, hampir 600 ahli Parti PBB Cawangan Krian hadir mewakili kesemua lapan ranting iaitu Ranting Saratok, Ranting Sebetan, Ranting Peligong, Ranting Awik, Ranting Kabo, Ranting Krian, Ranting Melupa dan Ranting Sebelak.

Selain itu, terdapat juga ahli Pergerakan Wanita dan Pergerakan Pemuda dari Ranting Saratok, Kabo dan Sebetan.

Baca lain  Sembilan sekolah kurang murid di Daro

Objektif utama penganjuran majlis untuk merapatkan hubungan ahli lama dan baharu.

Setakat ini, jumlah ahli Parti PBB Cawangan Krian seramai 4,320 orang.

Turut diadakan acara simbolik penyerahan kad keahlian kepada ahli baharu Parti PBB Krian selain menerima borang baharu kemasukan untuk menjadi ahli seramai 200 orang.

Timbalan Ketua Parti PBB Cawangan Krian, Kaunselor Edmund Uda, Pegawai Tugas Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Setiausaha Parti PBB Cawangan Krian, Leonard Jambu, Ketua Masyarakat Iban Daerah Saratok, Pemanca Thomas Lamit Lutik, Penghulu Anyum Kinyeh, Penghulu Loya Seman Jingan, dan Ketua Pergerakan Pemuda Parti PBB Cawangan Krian yang juga Exco Pergerakan Pemuda PBB Sarawak, Hardy Boy Ramping turut hadir sama.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali