ARTIKEL

PBB digesa gantung Israel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW YORK: Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Selasa menuntut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggantung keahlian Israel dalam badan dunia itu kecuali ia menghormati komitmennya untuk melaksanakan resolusi PBB yang berkaitan, lapor Xinhua.

Jumlah resolusi berkaitan Palestin yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung PBB, Majlis Keselamatan dan Majlis Hak Asasi Manusia adalah kira-kira 1,000, kata Abbas pada mesyuarat khas peringkat tinggi sempena memperingati ulang tahun ke-75 Nakba, juga dikenali sebagai Malapetaka Palestin.

“Sehingga kini, tiada satu resolusi pun dilaksanakan.

Oleh itu, kami secara rasmi menuntut semalam, selaras dengan undang-undang antarabangsa dan resolusi antarabangsa untuk memastikan Israel menghormati resolusi ini atau menggantung keahlian Israel dalam PBB, terutamanya sejak Israel tidak pernah menunaikan kewajipannya dan prasyarat untuk menjadi ahli dalam pertubuhan ini,” katanya.

Presiden Palestin itu juga mendakwa Britain dan Amerika Syarikat (AS) bertanggungjawab ke atas peristiwa Nakba pada 1948 yang mengakibatkan penderitaan rakyat Palestin sehingga hari ini. -Bernama

BERITA LAIN

Thailand serah surat rasmi sertai BRICS

BANGKOK: Thailand secara rasmi telah menghantar surat hasrat untuk menyertai organisasi antara kerajaan yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, yang dikenali dengan

BERITA TERBARU