ARTIKEL

PBB sahkan 1.7 juta penduduk Gaza hilang tempat tinggal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GENEVA: Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB (UNHCR) mengumumkan kira-kira 1.7 juta rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal secara paksa di Semenanjung Gaza akibat pencerobohan Israel yang berterusan, mengakibatkan pembunuhan 33,000 orang, majoritinya kanak-kanak dan wanita.

Jurucakap UNHCR Ravina Shamdasani berkata dalam sidang akhbar di pejabat PBB di Geneva bahawa “menyelesaikan situasi bencana yang dialami rang awam di Gaza mesti tetap menjadi keutamaan”, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA). 

Dilaporkan bahawa Israel terus mengenakan sekatan haram ke atas kemasukan dan pengedaran bantuan kemanusiaan di Gaza dan Israel mengebom semua kawasan di Semenanjung Gaza.

Shamdasani berkata: “Terdapat kira-kira 1.7 juta orang yang kehilangan tempat tinggal secara paksa di Gaza. Orang ini hidup dalam keadaan yang menakutkan dan di bawah ancaman yang berterusan.

Beliau menegaskan Israel, sebagai “kuasa pendudukan”, mesti mengambil semua langkah dalam kuasanya untuk memulihkan ketenteraman dan keselamatan awam di Tebing Barat.
– Bernama-Wafa

BERITA LAIN

Sejuta penduduk Malaysia alami kemurungan

PUTRAJAYA: Sejuta atau 4.6 peratus penduduk Malaysia berusia lebih 15 tahun mengalami kemurungan, demikian menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 yang dikeluarkan pada Khamis. NHMS 2023:

HARIMAU BELANG MATI DILANGGAR DI KLK

KUANTAN: Seekor harimau belang dilaporkan mati dipercayai dilanggar sebuah kereta di Kilometer 50.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah barat awal pagi tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan

BERITA TERBARU