Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

PBB sedia masa depan untuk belia

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Abang Johari bersama-sama pemimpin PBB yang lain melaungkan 'Hidup PBB' sempena Perhimpunan Agung PBB Ke-15 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.
Abang Johari bersama-sama pemimpin PBB yang lain melaungkan ‘Hidup PBB’ sempena Perhimpunan Agung PBB Ke-15 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah menyediakan masa depan untuk golongan belia termasuk yang berumur 18 hingga 28 tahun, kata Presiden PBB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

Justeru, beliau yang juga Premier Sarawak berkata PBB mengalu-alukan penyertaan golongan belia ke dalam parti itu, yang merupakan tunjang kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Kita mahu 1828 bersama-sama dengan kita, PBB memang berkehendakkan mereka.

“Hari ini PBB menyediakan masa depan untuk mereka,” katanya ketika berucap sempena perasmian Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ke-15 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau merangkap Pengerusi GPS menegaskan PBB khasnya dan GPS amnya tidak takut dengan keputusan menurunkan umur pengundi kepada 18 tahun.

“Kita tahu mereka yang berumur 18 tahun juga bersama-sama kita kerana kita menjaga mereka.

“Kita tubuhkan dana berdaulat untuk mereka termasuk mereka yang belum lagi lahir.

“Inilah adalah untuk masa depan mereka, biar kita bekerja hari ini untuk mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Abang Johari yakin PBB bersama-sama parti komponen GPS yang lain akan dapat menyapu kesemua 31 kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, jika terus bekerjasama, bersatu hati dan bersatu tenaga.

Katanya ia seperti mana GPS menyapur 76 daripada 82 kerusi pada Pilihan Raya Negeri yang lalu, dengan PBB memenangi kesemua 47 kerusi yang ditandingi.

Bagaimanapun, Abang Johari mengingatkan PBB dan GPS agar tidak terlalu sombong dengan kemenangan itu sebaliknya harus bekerja kuat secara rendah diri.

“Saya yakin kita dapat menyapu 31 kerusi dalam PRU akan datang, ini kita serahkan kepada Tuhan yang maha esa tetapi kita mesti berusaha,” katanya.

Turut hadir Timbalan Presiden PBB yang juga Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Naib Yang Dipertua Kanan PBB merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Naib Yang Dipertua Kanan PBB Datuk Amar Michael Manyin Jawong dan Pengerusi Tetap PBB yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Selain itu, Setiausaha Agung PBB yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Ketua Pergerakan Wanita PBB merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah dan Ketua Pergerakan Pemuda PBB Miro Simuh.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan