Trending

PBB Semop tidak pandang remeh calon lawan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BINTANGOR: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan Semop tetap bekerja keras untuk memastikan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) meraih kemenangan besar di Parlimen Tanjong Manis.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi PBB, Datuk Abdullah Saidol berkata, parti itu tidak bersikap sambil lewa menghadapi tentangan calon lawan.

Sebaliknya kata beliau, pihaknya terus melaksanakan pendekatan strategik bagi memudahkan perjalanan kempen dan calon berjumpa rakyat.

Datuk Abdullah Saidol menyertai kempen bersama-sama calon GPS Tanjong Manis, Ir Yusuf Abd Wahab di Sungai Sian, Bintangor.

“Yang pasti, DUN Kuala Rajang dan DUN Semop saling berganding bahu bagi memastikan perjalanan kempen berjalan lancar.

“Parlimen Tanjong Manis melibatkan kawasan lebih 2,000 kilometer persegi dan cabaran kami bukan sahaja dari segi logistik.

“Oleh itu, kami akan sentiasa memastikan calon dapat bergerak dengan selesa melalui penganjuran program berjumpa masyarakat,” katanya yang juga ketua PBB cawangan Semop.

Beliau berkata demikian kepada media semasa menyertai kempen calon GPS Tanjong Manis, Ir Yusuf di Sungai Sian, pada Ahad.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

PBK bawa politik murahan

BETONG: Membangkitkan dakwaan tentang kemungkinan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS)

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru