ARTIKEL

PBB sokong penuh calon dipilih Premier bagi PRK Jepak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memberi kepercayaan dan sokongan penuh kepada Premier Sarawak dalam pemilihan calon parti untuk mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Negeri bagi DUN Jepak.

Ia merupakan antara 11 usul yang dibentangkan oleh Naib Presiden Kanan PBB Datuk Sri Stephen Rundi Utom pada Konvensyen Khas PBB Zon Utara yang berlangsung di Dewan Suarah Bintulu, di sini, hari ini.

Ketika membentangkan usul tersebut, Ketua Cawangan PBB Kemena itu berkata, pihaknya akan berkerjasama rapat dengan komponen parti untuk memastikan kemenangan mutlak dan besar bagi GPS dalam PRK yang bakal berlangsung dalam masa terdekat.

“Kepercayaan dan sokongan penuh untuk pemilihan calon daripada PBB untuk mewakili GPS pada PRK Jepak ini adalah antara dua usul baharu yang dipesetujui oleh 19 cawangan parti pada Konvensyen Khas PBB Zon Utara, hari ini,” katanya.

Kerusi DUN Jepak diisytiharkan kosong apabila penyandangnya selama enam penggal sejak 1996, Datuk Talib Zulpilip, 72, meninggal dunia pada 15 September lalu akibat beberapa komplikasi seperti buah pinggang, hati, jantung dan kencing manis.

Allahyarham pernah dilantik Menteri Muda Pelancongan dan Warisan Sarawak serta Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Sarawak.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK itu diadakan pada 4 November ini dan 21 Oktober sebagai hari penamaan calon, dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

DUN itu mempunyai seramai 22,804 pemilih membabitkan 22,761 pengundi biasa dan 43 anggota polis setakat dikemas kini pada 15 September lalu.

Sementara usul baharu seterusnya yang turut dibentangkan oleh ADUN Kemena itu adalah menyatakan sokongan penuh PBB terhadap inisiatif Kerajaan Sarawak untuk mengambil alih Pelabuhan Bintulu sebagai salah satu usaha menyatu dan merasionalkan pembangunan infrastruktur dan ekonomi pelabuhan di negeri ini.

“Ia demi pembangunan ekonomi yang lebih teratur dan rancak pada masa hadapan.

Kita tidak mahu perkara ini terus dalam perbincangan lagi. Kita mahu ia segera dilaksanakan seperti yang diharapkan, iaitu mengambil alih Pelabuhan Bintulu,” tegasnya.

Mengulas lanjut, Timbalan Pengerusi Konvensyen PBB Zon Utara itu juga mengusulkan supaya bilangan kawasan pilihan raya parlimen di Sarawak dan Sabah ditambah agar jumlah keseluruhannya terdiri daripada 35 peratus jumlah kerusi selaras dengan hasrat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan  Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).

Untuk berita terperinci, dapatkan e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

LAIN-LAIN BERITA

TYT Sarawak bulih gelar Pehin Sri

KUCHING: Tuai Pemegai Menua (TYT) Nengeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar udah nerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Satria Bintang Sarawak (S.B.S) ke

BERITA TERBARU

Pencalonan Anugerah Sastera Negara kini dibuka

KUALA LUMPUR: Pencalonan bagi Anugerah Sastera Negara Ke-16, khusus untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan tertinggi bertaraf negara kepada tokoh sasterawan, kini dibuka mulai semalam hingga

Meruked lancar muzik video baharu

KUMPULAN muzik tempatan Meruked melancarkan single dan muzik video terbaharu mereka berjudul Kining Posah pada Jumaat ini.  Menurut vokalis, Syed Ashraf Edruce, Kining Posah bermaksud

Tarikan ekopelancongan burung walit

AKTIVITI EKONOMI dan keusahawanan penduduk kampung mampu dibangun dan diperkasa melalui pembangunan Projek Ekopelancongan Burung Walit Kampung Merembeh. Projek tersebut membuka peluang pekerjaan baharu dan