ARTIKEL

PBB zahirkan kebimbangan mendalam krisis kemanusiaan memuncak di Gaza

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: PBB melahirkan rasa kecewa dan keprihatinan mendalam terhadap krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza. 


Menyifatkan keadaan itu sebagai bencana, Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Volker Türk berkata, malah kakitangan PBB mempunyai akses terhad ke Gaza.

Beliau menyatakan bahawa organisasi antarabangsa akan terus memaklumkan kepada dunia berkaitan keadaan tragis itu.

“Keadaan di Tebing Barat dengan 500 terbunuh sejak 7 Oktober lepas merupakan satu lagi kebimbangan yang perlu dibangkitkan kerana ia menunjukkan keadaan yang mengerikan di sana.

“Walaupun kita melihat keadaan di Rafah sebagai mengerikan, kita juga (melihat) keadaan yang semakin buruk di Tebing Barat. Hak asasi manusia adalah jawapannya,” katanya kepada media pada akhir misinya ke Malaysia pada Selasa.

Beliau menambah, penting untuk berfikir dari segi sejarah kerana selepas Perang Dunia Kedua, tiada sistem yang memastikan norma yang jelas tentang menghormati hak asasi manusia dan peraturan peperangan.


Türk berkata, penting mempunyai norma dan piawaian dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 dan Konvensyen Geneva 1949 berkaitan tatacara peperangan, namun ini telah dilanggar dengan kejam.


Sementara itu, Türk berkata, terdapat keperluan untuk akauntabiliti, mengakhiri impuniti dan masyarakat antarabangsa untuk bangkit dan mencari penyelesaian.


“Kami yang mempertahankan norma dan standard terus menyuarakan pendapat, terus mendokumentasikan dan melaporkannya walaupun dalam keadaan yang sangat sukar,” katanya.


Türk berkata inisiatif untuk gencatan senjata dan mengakhiri situasi itu diharap dapat dicapai.
Bernama

BERITA LAIN

PM Thailand disahkan positif COVID-19

BANGKOK, Thailand: Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin, mengesahkan semalam bahawa beliau positif COVID-19. Srettha mengumumkan di akaun rasmi X miliknya bahawa beliau akan mengambil cuti

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan