ARTIKEL

PBK bawa politik murahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BETONG: Membangkitkan dakwaan tentang kemungkinan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) boleh menukar kedudukan TYT Sarawak kepada sultan hanya dilihat sebagai politik murahan Parti Bumi Kenyalang (PBK) yang tidak bertanggungjawab demi meraih sokongan.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Razaili Gapor berkata, dakwaan Ppresidennya Voon Lee Shan sangat tidak masuk akal.

“Satu dakwaan yang tidak masuk akal, murahan serta tidak bertanggungjawab semata-mata untuk mendapatkan sokongan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Jepak.

“Saya juga ingin menegaskan bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) sangat sensitif dan tidak sesuka hati hendak memanipulasi undang-undang seperti didakwa,” katanya. ADUN Beting Maro itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Voon pada Selasa di sini, semalam.

Tegasnya, terdapat banyak lagi perkara lebih penting dan besar untuk diberikan perhatian misalnya autonomi dalam pendidikan dan kesihatan.

“Kita masih memerlukan infrastruktur pendidikan dan kesihatan yang lebih baik untuk rakyat di negeri terutama kawasan luar bandar.

“Apa yang pasti PBK tidak mampu menawarkan apa-apa kepada rakyat.

“Sehubungan itu, pengundi di DUN Jepak diharap tidak termakan pujuk rayu mereka yang sebenarnya, ketandusan idea dan cara untuk memenangi hati pengundi,” ujarnya. Sebaliknya GPS dan PBB kata Razaili, dapat menawarkan pelbagai pembangunan ekoran kekuatan dan kestabilan yang dimiliki.

“Saya percaya DUN Jepak akan dibangunkan oleh GPS bagi meneruskan legasi kepimpinan terdahulu di bawah GPS dan PBB,” tambahnya.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU